Sabtu berpeluang berziarah ke Inap Dusun Frazer Valley Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Pertanian adalah satu perniagaan. Pelbagai aktiviti ekonomi boleh dijana dari kebun, tidak lagi terhad hanya dengan hasil kebun.
Sesiapa yang memiliki dusun boleh tiru konsep ini, sambil menginap, pengunjung boleh memakan buah-buahan sepuasnya secara percuma, membeli untuk dibawa balik sahaja.
Pemilik dusun adalah dari keluarga 3Q Equastrian, pastinya ramai yang kenal penunggang kuda negara dari keluarga Ambak. Dusun lebih 100 ekar, termasuk tasik, keluasan tapak khemah dusun tak melebihi seekar...
Jika cuaca mengizinkan pengunjung akan dibawa menaiki kenderaan 4WD ke dusun utama yang mempunyai lebih 200 pokok durian MK, IOI dan D24 dan pelbagai pokok buahan lain.
Kadar penginapan khemah diantara Rm200-Rm1000 satu mlm bergantung kepada keluasan khemah. Adat berkhemah, tandas tidak disediakan dikhemah sebaliknya terdapat tandas awam yang cantik lagi bersih.
Sesuai dengan kedudukannya dipinggiran tasik pengunjung boleh memancing ikan di tasik. Hasil tangkapan boleh dimasak didapur terbuka yang disediakan untuk para pengunjung.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan semasa menginap disana, berBBQ, berbasikal keliling dusun, berkayak ditasik atau sekadar bersantai dibawah rimbunan pohon- pohon dusun. Pastinya menjanjikan kepuasan kepada pengunjung yang sukakan aktiviti luar.
Jika aktiviti itu belum cukup mencabar boleh saja menginap disini dan di awal pagi terus menuju ke Santuari Ikan Klah di Sg Chilling Kuala Kubu Bharu yang tidak begitu jauh, boleh berkelah dan mandi-manda di air terjun, namun perlu meredah denai sambil bermain dengan ikan klah yang jinak sepanjang sungai.. Setibanya di air terjun yang berjarak 2km dari pintu masuk pengunjung akan takjub dengan pemandangan air terjun, berbaloi berpenatan untuk tiba ke destinasi ini.
Hah apalagi, jika berkunjung ke Kuala Kubu ambil lah peluang menginap disini yang menyajikan suasana aman damai dan bersih.
No comments:
Post a Comment