Sunday, February 26, 2023

Eropah D4-Bochum Hbf

Meronda di tempat asing memang sedikit mencabar. Walaupun warga tempatan mesra tapi hanya berbahasa German. Maka kita bertanyakan sesuatu menggunakan segala bahasa isyarat supaya difahami. Apa yang dipelajari disini tiada keperluan untuk fasih english, jika isyarat tangan dan mulut lebih difahami di merata dunia. Penulis berbahasa melayu dan isyarat saja bila bertanya english pun tak difahami.



Jika sebelum ini meronda disekitar rumah penginapan, hari ke 4 mula mencuba sendiri pengangkutan awam.  Tak mahu mengacau rakan anak yang sibuk belajar untuk final exam. Membaca dulu panduan diinternet. Bertanya orang awam dan meminta bantuan, mudah saja membeli tiket di kiosk yang disediakan di stesen tren. 

Pukul 8 pagi dah tiba di Bochum Hbf. Setibanya di sana mula lah kita pun tak tau nak menuju ke arah mana... Jadi main redah saja. Masa mula sampai di Germany beberapa hari lepas, rakan anak ada beritahu Hbf tu bermakna  seperti sentral iaitu bandar pertemuan pelbagai destinasi pengangkutan awam, itu sebab sibuk dan terdapat pelbagai penunjuk arah ke sana sini..Lecehnya semua dalam bahasa German. 

Mujur sekarang terdapat aplikasi terjemahan menggunakan phone , bergambar dan bersuara. Ambil gambar dan Apps phone boleh terjemah apa yang ditulis. Antara sebab lain lagi tiada keperluan fasih berbahasa english.



Kedai daging halal...

Tiada hala tuju, kita pun meronda saja di Bochum Hbf. Awal pagi kebanyakan kedai dan cafe tak buka lagi. Pagi itu hujan gerimis lagilah tak boleh meronda sangat.



Kedai halal banyak, satu kawasan ini hampir semua kedai warga keturunan Turki. 
Jadi di eropah terutamanya di Germany jangan takut kebulur, ramai warga arab atau Turki muslim. Teringat pemain bolasepak Germany Misut Ozil..


Hah berkebab lah kita . Satu set 8 euro, hidangan  cukup banyak untuk dua orang.

Pusing sana sini ..makan, sambung merayap lagi,  makan lagi.. camtulah bila tiada halatuju spesifik. Mencari diinternet tempat menarik yang disenaraikan semua biasa-biasa saja...taman botani, muzium dll..jadi meronda bandar saja..


Masa bermotor di Indon dulu sering juga tertanya- tanya apa itu Apotek, hampir di segenap lorong akan ada Apotek.,terus bertanya dengan orang situ, rupanya Farmasi... Bila di Germany dah tau lah...Sebagaimana Indonesia, di sini pun Apotheke ada di merata tempat, berbeza  di Malaysia yang klinik lebih banyak.


Merayap musim sejuk, hujan pula, jadi asyik mencari tandas  . Tandas awam di pusat beli belah caj 0.5 euro.



Dah masuk pusat belibelah, terus mencari serkup kepala untuk menggantikan serkup wife. Huh harini 6 degree sejuk yang amat lebih selesa bila berserkup menutupi telinga. Sakit bukan kepalang bila telinga dibiar terdedah sejuk. Tak mahal dalam 4 euro sesudah diskaun.



Pemerhatian  mendapati harga barangan  lebih kurang di Malaysia. Cara pembayaran secara tunai masih meluas berbanding cashless. Kad debit dan kredit diterima.

Membelek harga di shopping kompleks tadi tshirt biasa dalam 15euro, kasut 120 euro. Seluar 30 euro, jaket 70euro..earphone 10euro dll. Bukan ker hampir sama tu bahkan lebih mesra. 

Ayam 5.99 euro sekilo. Ayam siap potong bahagian peha 2 euro sekilo, Daging lebih murah berbanding Malaysia ..daging kisar 9.99 euro sekilo, daging biasa 19.99 euro. Sayur, buah pun sama tak banyak beza. Telur setengah dozen tak smp 3 euro...murah.. murah

Tapi sebutan hehe. Bila dah didarab dengan kadar tukaran wang rm4.8, dalam sejuk boleh berpeluh.



Di Germany bangunan lama dipulihhara sebab itu kekal cantik...

   
Pusing pusing..makan lagi...ngopi ngopi memanaskan badan sambil makan roti ..hampir 8 euro juga. 




Tinjauan mendapati kenderaan persendirian tak begitu sibuk.
Model kereta terkini di sini semua boleh didapati di tanah air, melainkan jenama kecil yang tidak dibawa ke Malaysia, bahkan ada juga model 90an masih kelihatan disini.

Memang tiada keperluan memiliki kenderaan sendiri bila pengangkutan awam super canggih. 








Bila dah pusing keliling dibantu oleh google maps rupanya Bochum Hbf hanya satu kilometer dari penginapan anak di Bochum Baghbou yang berdekatan dengan Bochum Muzium, mercutanda Bandar Bochum. Patut pun tadi masa menaiki tren bawah tanah rasanya baru melabuhkan punggung, sudah sampai ke destinasi.

Selalu berjogging pagi 3, 4 kilometer, setakat satu kilometer, kami berjalan kaki balik ke rumah sambil  meronda ronda tak perlu beli tiket tren lagi 1.99 euro sehala seorang.

No comments:

Post a Comment