Tuesday, February 28, 2023

Europe D5- Lisbon D1

 Penerbangan Cologne- Lisbon 2.40 jam saja..tapi mengalami kelewatan hampir setengah jam kerana menunggu giliran trafik udara sebelum berlepas.





Kalau boleh memang nak cepat sampai sebab semalam semalaman hanya melepak di airport sementara menunggu penerbangan pagi 9.30.




Mujur hanya membawa beg sandang dan penerbangan domestik eropah tiada melalui pemeriksaan imegresen. Sampai saja bersegera membeli pas pengangkutan awam 3 hari, cukup untuk tempoh penginapan kami di Lisbon.berbanding dengan pilihan lain yang ada, ini paling berbaloi..3 hari hanya 21 Euro seorang.., boleh menaiki metro/ tren bawah tanah, bas dan trem tanpa had dalam tempoh 72 jam.





Pengangutan awam mudah terutamanya bas  meliputi segenap penjuru Lisbon. Bas baru dan moden. Trem moden hanya ada di kawasan tumpuan. Trem mini klasik banyak dikawasan penempatan berbukit Lisbon manakala metro meliputi kawasan utama terpilih Lisbon. Jadi pengangkutan awam tidak menjadi isu.


Masalah hari pertama Lisbon mencari hotel yang ditempah. Hotel memang ditempah berdekatan dengan metro dan berhampiran dengan masjid. 

Sejak dari Germany telah mengkaji laluan metro atau bas  untuk kesana jadi yang ini mudah. Ada salah faham semasa menempah sebenarnya. Penulis memilih  hotel  tapi dalan urusan tempahan orang rumah yang uruskan. Dalam benak Vip Grand Lisbon Hotel...VIP Grand Lisbon Hotel..jadi setibanya terus mencari VIP Grand Lisbon Hotel.

Isunya tidak boleh menggunakan data internet yang dibeli di Germany di Lisbon, jadi mencari sana sini secara manual, bertanyakan orang ramai. Penduduk tempatan pula tidak fasih berbahasa English.

Setelah bersusah payah mencari, naik keluar masuk metro dan menemui VIP Grand Lisbon Hotel, nama tiada didalam sistem. Adoii..Muka orang rumah dah ketat sebab kepenatan.. Menggunakan wifi hotel dan mencari maklumat tempahan baru perasan orang rumah menempah VIP Executive Hotel... bukan VIP Grand Lisbon Hotel dan VIP Excutive Hotel pula ada di banyak tempat, agak mencabar mencari tanpa bantuan internet.


Berpandukan peta manual yang staff VIP Grand Lisbon bekalkan kami berjaya mencari penginapan yang ditempah. Hanya 5 min dari metro dan tadi kami telah pergi ke situ bertanya dan ditunjukkan ke destinasi lain..


Kepenatan terubat melihat hotel yang ditempah..walaupun sedikit mahal tapi berbaloi untuk penginapan 3 malam. 



Check in ..makan  roti dan buah saja, mandi-mandi, solat...terus tidur sebab malas nak mendengar pot pet bini yang teruk kepenatan ..Dia yang salah tempah kita yang disalahkan. hehe




No comments:

Post a Comment