Sunday, February 5, 2023

Tasik Antara Gapi Serendah...

Riadah pagi, selain berkebun Selasa, adalah rutin yang wajib dilakukan, suka tak suka paling kurang selang sehari kena juga cari tempat riadah. 

Untuk mengelakkan kebosanan, akan beriadah dari satu tempat ke tempat berbeza walaupun terpaksa bermalam dilokasi pilihan. Tidak terkhusus untuk riadah, sambil-sambil tu meronda juga. Selepas beriadah mencari tempat bersarapan. Kekadang menetapkan dulu tempat bersarapan, kemudian mencari tempat beriadah berhampiran.

Harini Ahad ingin bersarapan di Serendah, ramai rakan yang mencadangkan bersarapan di Warong Telaga Tujuh, yang lecehnya disitu walaupun Telaga Tujuh disenaraikan sebagai tempat menarik di Serendah, tempat riadah sudah tidak begitu terbela, trek offroad tepian sungai sangat becak dan semak. 


Pencarian lain internet membawa kami  ke Tasik Antara Gapi Serendah. Saat tiba hati terus terpaut, ramai orang turut beriadah disana. 




Syoknya beriadah disini terdapat trek pelbagai jarak, jika tidak puas mengelilingi tasik boleh mengambil laluan bertar awam, kenderaan tak banyak dan laluan berbukit bukau, walaupun sekadar berjalan kaki, keringat tetap membasahi baju. Satu pusingan besar melebihi jarak 3km. Laluan di sini sesuai juga untuk berbasikal santai.



Fuh memang terpaut melihat rumah berlatarbelakangkan tasik dan pemandangan tanah tinggi ini...Berkesempatan melihat pemandangan dari unit contoh ...Sangat ohsem bagaikan berada di tempat percutian. Sayangnya, semua unit sudah terjual...




Pemandangan tanah tinggi memang superb, kelihatan sayup puncak Genting Highland melatari pemandangan. Persekitaran juga terasa lebih nyaman.





Sedang asyik melayan persekitaran indah, hati tersentap dengan pemandangan sampah ini..Seriously goblok yang membuang sampah disini.






Bertambahlah senarai lokasi riadah kami. 


2 comments: