Tuesday, March 14, 2023

Europe D18-Bjoovegur Iceland...


 


Harini meninggalkan Grudafjorour setelah bermalam hari  ke 2 Iceland di rumah ladang Berg Horse Farm. Kalau semalam menggigil kesejukan, harini menambah satu lagi lapisan pakaian menjadikan 4 keseluruhan. Perjalanan harini akan menuju ke utara dikhuatiri lebih sejuk.



Rumah ladang dikelilingi gunung ganang diliputi salji, taliair dan tasik  membeku. 


Kalau di tempat lain kebanyakan ladang, mereka menternak lembu. Di sini..kuda..



Sepanjang perjalanan semalam turut menyaksikan ladang- ladang terpencil jauh dari bandar maupun pekan, musykil juga bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian...banyak persoalan muncul..bengkel kenderaan, berbelanja barang dapor, hospital, persekolahan anak- anak dll

Rumah yang kami sewa serba lengkap
termasuk wifi..



Segalanya membeku termasuk air terjun...






Bertemu lagi keluarga dari Malaysia dan Singapura yang turut berpusing mengelilingi pulau selama 10 hari, esok hari terakhir mereka di Iceland. . Ingatkan Iceland sudak cukup terpencil rupanya ramai warga Malaysia berkunjung ke sini.

Setiap destinasi Portugal, England, Iceland, Germany nampaknya dapat bertemu warga Malaysia.



Sebelum ini hanya menyaksikan  dokumentari, harini merasai sendiri berjalan di atas air tasik yang membeku.




Berbanding semalam lebih cemas melalui jalan raya sunyi bersalji, harini lebih tenang, salji tidak setebal semalam. Memandu ibarat merentasi gurun ais dengan persekitaran bersalji memutih saujana mata memandang. Sebahagian laluan melalui jalan tidak berturap.



 
Tercapai hajat mengabadikan foto di gurun ais. Sejak mula pemanduan, hanya disajikan dengan pemandangan salji.


Alhamdulillah pemanduan tidak sebagaimana dikhuatirkan. Setelah 3 jam lebih pemanduan, tiba di penginapan Bjoovegur, juga di dalam ladang ternakan. Kadar satu malam Rm1200.

No comments:

Post a Comment