Air terjun Granfoss...
Salji turun sebelah malam walaupun tak begitu lebat..
Dalam perjalanan itu menyaksikan lori terbabas dan beberapa kenderaan kemalangan. Mulut memang tak lepas komat kamit doa.. dalam ribut salji kesejukan melampau, sekalipun dapat hubungi bantuan, berapa lama mereka boleh sampai... huh harap dijauhkan.
Lega bila sesekali melalui jalan dengan pemandangan seperti ini..tapi tak lama kerana kami semakin menuju ke pergunungan di utara.
Beginilah jalan yang dikira tenang...cuaca tidak menentu..apabila terpandang lagi langit gelap hati tidak keruan.. 15 km terasa seperti 150 km..seolah baki jarak perjalanan tidak bergerak langsung...
Destinasi hari ke 4 Iceland kami di Akureyri...bandar pergunungan di utara, salji masih turun dengan lebat
Mereka tak tau yang pemandu hati masih berdebar untuk menghadapi pemanduan esok pula...
Esok akan melalui kawasan pergunungan lagi sebelum menuju ke selatan semula Huhu...
No comments:
Post a Comment