Wednesday, March 1, 2023

Europe D6 ctd- Belem Tower, Lisbon

Ronda-ronda diteruskan menurut senarai yang dicadangkan melalui lawatan singkat. 

Kawasan tumpuan tidak berjauhan jadi mudah meronda menaiki bas atau tram yang sentiasa banyak. Walaupun pelancong luar ramai, tapi giliran menaiki bas atau tram cepat. Memerhati gelagat orang ramai, sentiasa membelek helaian peta  atau google map di phone.  






Berjalan kaki sepanjang tepian laut atau menaiki pengangkutan awam. Cuaca sejuk 6 degree, walupun jauh berjalan, badan tidak lekit berpeluh. Cuma kulit terdedah, muka dan bibir mula mengering dan lebam kerana cuaca sejuk lagi kering. Kena sentiasa membawa lotion.




Bas panjang dan Tram elektrik moden berulang alik di kawasan tumpuan. Bas mini dan Tram elektrik klasik  melalui lorong lorong sempit celah bangunan penempatan berbukit.







Tiket dalam 1.5 euro sekali naik, tram mini klasik dalam 3 euro. Tapi lebih berbaloi membeli pas harian dalam 7 euro tanpa had.









Walaupun bukan waktu puncak, orang tetap ramai dikawasan tumpuan. Mat Salleh dari negara eropah lain ramai datang ke Portugal. Tak tau lah apa istimewanya Tower Belem ini, sehingga menjadi destinasi wajib Lisbon.




Masing -masing bergambar, kita pun ikut bergambar hehe...



Selain pengangkutan awam boleh menaiki bas hop on/off yang akan melalui kawasan menarik pelbagai zon dengan bayaran berlainan di setiap zon.. Membeli pas harian lebih berbaloi sebenarnya.






Untuk membasahkan tekak boleh lah membeli minuman yang banyak dijual melalui kiosk-kiosk mini, cuma kekadang harga di kawasan tumpuan tersangat giler mahal.. Jus nenas 15 euro secawan, kalau berharga dalam 5 euro boleh juga pejamkan mata membeli...15 euro secawan..Argh simpan dan minum sendirilah...





Gerai-gerai terbuka begini harga lebih berpatutan... Membeli kopi bersama roti 7 euro dan jus buahan dalam 3 euro...roti atau makanan cari yang berlabel vegano..bermakna diperbuat dari sumber tumbuhan..








Berbagai cara orang mencari makan, kita digalakkan menghulur tips jika berjumpa dengan pehibur jalanan seperti ini..walaupun sedikit tips dapat memancarkan keceriaan di  wajah mereka.


 Selepas ini kami akan ke tempat menarik lain pula...

No comments:

Post a Comment