Bila meronda cabaran utama adalah berpindah destinasi. Pilihan flight pelbagai destinasi/ multy- city tidak semuanya memenuhi kriteria yang dikehendaki. Jika memilih satu hala atau berulang alik satu destinasi, rugi masa dan kos pula.
Flight Cologne-Lisbon 9.30 pagi, 3 jam sebelum perlu berada di airport bermakna 6 pagi perlu ada disana. Malam sebelum tu samada mencari penginapan atau melepak di airport..Jika menginap dihotel, isu pengangkutan awal pagi ke airport perlu diambilkira, pilihan mudah adalah melepak di airport..
Bergelandangan seperti ini yang memenatkan. Jika muda bertenaga ok, bila berusia agak sedikit mencabar. Kami melepak di Prayer Room...Sebelum subuh polis yang membuat rondaan mengarahkan kami untuk keluar. Prayer Room bukan untuk melepak atau tidur katanya. Huhu mujur telah puas melelapkan mata .
Disini bertemu dengan dua anak muda Malaysia yang ingin ke Lisbon awal pagi besok. Seorang doktor berkhidmat di Hospital Belfast Ireland manakala sorang lagi ahli farmasi di hospital di London
Ketika di London asalnya ingin menyewa bilik rumah pelajar kadar £50 sehari, taklah murah. Dah timbang-timbang tak jadi, bilik berkongsi fasiliti dan kecil...4 malam tak selesa, lagipun trip London ini, bukan ingin meronda sangat, sekadar singgah untuk mengembalikan nostalgia pernah belajar disini dulu. Masa akan banyak melepak di bilik.
Berbanding hotel di Lisbon dengan kadar semalaman €110, Wembley International Hotel agak mengecewakan. Walaupun bilik besar tapi keadaan seperti hotel 2 bintang. Di Lisbon dengan kadar ini walaupun bilik sedikit kecil kami mendapat hotel 4 bintang...
Hotel yang ditempah hanya boleh check in pukul 2 ptg...untuk meronda sana-sini terpaksa mengusung beg..Mujur flight tidak membenarkan membawa luggage banyak, jika tidak siksa membawa beg besar dan berat sementara menunggu check in.
Sebelum bertolak ke Wembley, 12km ke utara London, kami makan dulu di Restoran Malaysia berhampiran dengan tube station Ladbroke Grove, kerinduan makanan Malaysia masih belum hadir, pergi ke sana teruja mengunjungi restoran Malaysia yang kini semakin banyak d Kota London..
Hotel kami sangat berdekatan dengan Stadium Wembley dan tube station Wembley Park. Walaupun hotel lama permintaan tetap tinggi apabila terdapat perlawanan bola atau event di stadium. Itu sebab barangkali kadar hotel tetap tinggi.
Belajar dulu langsung tak terfikir untuk meronda. Mungkin tiada pendedahan, berbanding anak-anak muda sekarang. Walaupun sistem pengangkutan awam superb, kami tak pernah sampai ke Stadium Wembley stadium utama England.
No comments:
Post a Comment