Monday, March 20, 2023

Rumput Tidak Selalunya Hijau

Rumput memang selalu nampak lebih hijau diseberang jalan. Orang luar akan lebih menghargai negara yang dikunjungi berbanding rakyat tempatan itu sendiri.

Lihat saja bagaimana warga asing seperti Bangla Indon Pakistan bahkan eropah apabila berkunjung ke Malaysia, ramai yang sangat menghargai berbanding rakyat tempatan yang saban hari merungut. 

Begitu juga dengan penulis sekarang, dapat menghargai apa yang ada di Germany ini berbanding rakyat tempatan yang kini kerap sangat mengadakan piket., serba serbi tak puashati. Disini memang mahal untuk pelawat terutamanya jika datang dari negara matawang  kecil. Untuk penduduk tempatan yang memperolehi rezeki disini barangan dan perkhidmatan boleh dikatakan murah. 

Gaji minima di sini ditetapkan pada kadar €1500.. Graduan baru lepasan universiti mendapat gaji dalam €3000., cuma cukai yang tinggi...Mereka yang berpendapatan €4000 setelah ditolak cukai peribadi akan membawa balik €2900 shj. Belum lagi VAT/GST 18 peratus. Demi keuntungan politik  gst Malaysia 6 peratus pun dibatalkan  . Sedangkan  kerajaan perlukan sumber kewangan untuk menyediakan prasarana yang cekap kepada rakyat. Di Germany pendidikan percuma sehingga ke universiti...

Cuma mungkin harga sekarang jauh berbeza berbanding dulu tidak setimpal dengan kenaikan gaji sedangkam inflasi berlaku diseluruh dunia. Kini kerap sangat rakyat tempatan berpiket sehingga melumpuhkan sistem perkhidmatan awam.


 Apa yang sedikit pelik di Germany, hari Ahad semua kedai ditutup termasuk super atau mini market, hanya restoran yang dibuka. Mungkin undang- undang buruh mereka begitu..Berbeza dengan kita hypermarket atau shopping kompleks penuh sesak dengan pengunjung, disini bandar-bandar agak sunyi di hujung minggu.



 
Sistem kitar semula pun canggih..terdapat mesin kitar semula di premis supermarket terpilih.. hasil jualan botol dan tin boleh ditebus ketika membeli barangan lain. Harga pun lumayan.


Kenderaan baru murah..Banyak pilihan kenderaan bawah €50000 apatah lagi kenderaan terpakai, di premis kenderaan terpakai, banyak yang  dijual dibawah 5 ribu euro..minyak petrol dan diesel murah masih lagi dibawah 2 euro walaupun menghadapi krisis tenaga akibat perperangan Rusia Ukraine. Eropah sangat bergantung kepada bekalan minyak Russia.

Ini senarai bahan mentah, makan- makan bersama beberapa pelajar Malaysia sempena awal ramadhan

1. Kacang panjang
2.cowliflwer
3. Kubis
4. Cili besar merah
5. Cendawàn
6. Soon
7.tàuhu/tempe
8. Ayam , minced ayam
9.tomato paste
8. Susu
9. Gandum
10. Buah²
11. Telur
12. Butter
13. Timun, ceri tomato sebtg


Keperluan barang dapur pun taklah mahal..masih banyak dibawah satu euro...minyak masak satu liter €2.5. Tadi berbelanja rasa macam banyak,  bila membayar tak sampai €50. 

Benar bagai dikata sungguh susah memuaskan hati semua orang...Dunia adalah tempat ujian...Hanya yang bersyukur mampu hidup tenang.

No comments:

Post a Comment