Lawatan terdahulu 2011 berkunjung ke Masjid
Hijau..di situ terdapat kubur Sultan Beyazid I, sultan yang membina Bursa Grand Mosque.
Sekadar sehari tak sempat untuk melawat tempat cadangan Waterfall, Lake, Ottoman village dan Uludag.
Harini menyambung lawatan Tophane Parki, tidak jauh dari Masjid Bursa sekitar 10 minit berjalan kaki.
Memasuki Tophane Parki perlu melalui kubu pertahanan zaman kesultanan dahulu atau Sultanate gate
Di park ini terdapat kuburan Sultan Osman Gazi, pengasas Kerajaan Ottomaniah.
Dapat mengambil gambar pengawal kuburan sultan yang bertukar shift.
Kuburan sultan bersama ahli keluarga. Quran dibacakan secara live sepanjang waktu.
Ketika di stesen metro warga tempatan lain menawar untuk membayarkan tambang kami.
Pengangangkutan awam Turki memang murah. Tiket trem, metro dan bas hanya 5TL setiap satunya tanpa had jarak. Jika pergi tadi menaiki teksi 280TL, balik ini hanya 45TL untuk kami bertiga.
Ketika menaiki bas wargatempatan mengingatkan kami untuk turun di terminal feri kerana bas akan meneruskan perjalanan ke destinasi selanjutnya.
Impresi buruk dihampiri ulat kereta sapu yang meminta sehingga 800TL segera terpadam dengan kebaikan warga tempatan lain.
7.15 feri bergerak meninggalkan Bursa untuk k Istanbul semula.
No comments:
Post a Comment