Penulis berkebun bukan bertujuan komersil., lebih kepada kegunaan sendiri sambil beriadah dan berseronok melihat pokok yang ditanam hidup dengan cemerlang dan berhasil. Lagipun kebun tak cukup luas selain tidak mampu memberi komitmen tenaga dan wang ringgit supaya apa yang diusahakan dapat memberi pulangan lumayan. Pertanian komersil bukan bidang penulis. Melihat perkongsian penanam komersil durian, nenas, pisang dll, melengkapkan kemudahan pengairan, semburan racun, membaja berkala, rawatan penyakit dsb huh rasaya tak terikut. Selayaknya mereka mendapat pulangan yang lumayan..
Sebab tak sanggup memberi komitmen itu, kebun kecil penulis ditanam dengan pelbagai jenis pokok. Yang cerewet sangat dijaga, kuantiti tanaman akan dikurangkan. Jika dalam kepala otak sudah tertanam untung rugi, semangat akan hilang bila yang diusahakan tidak sebagaimana diharapkan dan pengeluaran lambat menghasilkan pulangan.
Namun ditakdirkan pokok- pokok berjaya mengeluarkan hasil dengan baik dan boleh dipasarkan, kenapa tidak dikomersilkan.. Jika dicongak- congak, pelaburan dalam pertanian sebenarnya sangat berbaloi berbanding hanya memerapkan duit dalam institusi pelaburan bank dsb. Namun sangat berisiko melabur tapi tidak memberi komitmen yang tinggi. Penulis mengambil pendekatan berhemah, melabur secara runcit. Biarpun lambat tapi selamat.
waduh petai sampai seratus lebih dah jadi makanan kayangan ni. Macam tu orang asli kat cameroon highland kaya le kalau jual petai ratusan harganya.
ReplyDeletepetai kebun sy dah berbuah nt boleh lah jual petik sendiri...hehe
Delete