Alamak..macam takda tempat lain memacakkan khemah di laluan kami ke kebun. Minggu lepas hanya menghamparkan tikar, minggu ini siap dengan pangkin tempat tidur dan memasak. Entah apa dibenak pemikiran mereka. Kot yea pun nak pasang khemah janganlah ditengah2 laluan, banyak lagi tempat kosong..usaha sikit menebas semak..
Kami pun usaha juga nak bina laluan cantik ini dulu sebelum Kembara boleh sampai ke kebun. Setahun kami siapkan laluan berbekalkan cangkul dan parang, dulunya belukar, angkut sedikit demi sedikit bahan binaan terbuang, batu, aspalt terpakai untuk dijadikan benteng cerun dan asas jalan supaya tidak licin ketika hujan.
Sementara mereka membongkar khemah, terpaksa kami menurunkan dulu bahan yang ingin dibawa ke kebun.. Tak mau membuang masa menunggu mereka siap membongkar..terpaksa menapak memikul peralatan dan bahan ke kebun.
Inilah suasana terkini kebun, pembersihan masuk hari ke2...Keseluruhan 3 hari diperlukan untuk membersih. Tiada penggunaan racun. Kebun hanya 1.2 ekar mudah diuruskan. Mana-mana pokok yang terbantut tumbesaran kita kasi tukar.
2 orang pembantu dibawa harini kerana banyak kerja yang dibuat, antaranya menanam pokok dan menanam tiang konkrit pagar. Kawat berduri dan zink dalam perancangan untuk dibina. Dah berpagar nanti baru bebas menanam pokok apa saja.
Pokok -pokok buahan sudah hampir memenuhi sebahagian kebun. . Harini saja menanam 4 pokok avocado pelbagai spesis, 2 pokok asam jawa dan 3 nangka madu. Namun masih banyak ruang yang boleh dimanfaatkan lagi.Seronok berkebun jauh dari penempatan orang, segala pohon kering dibakar..tiada lagi batang batang kayu maupun tunggul kering menghalang kerja-kerja menebas. Kini membersih kebun lebih mudah.., dulu memanjang menukar tali mesin kerana mudah putus tertebas tunggul dan batang kayu.
Hati berbunga bila melihat kebun bersih dan pokok membesar dengan baik. Rasa macam taknak balik...
wah bersih lah kebun. Kebun berlereng macam ni bagus tanam durian. Tanah pun cantik. Tapi nak mendaki tu....oh berlereng macam kat bandung tu kan cantik bertingkat-tingkat lerengnya
ReplyDeletePokok durian pun dah tanam dlm 20 pokok...
Delete