Thursday, June 15, 2023

Pisang Abu...


Balik dari jogging terus ke rumah rakan setaman, dah berjanji untuk ambil anak pokok pisang abu. 

Pokok pisang serendah dah banyak, lemak manis dan tanduk pun dah ada, tanam pisang abu untuk manfaatkan jantung pisang juga. Jantung pisang serendah banyak dibuang begitu saja jadi baja. Pernah cuba rebus untuk dijadikan ulam...fuh pahitt yang amat.





Ruang dah tak banyak tapi masih boleh diselitkan lagi berkongsi ruang dengan pokok renek lain. Kita tebas pokok pisang hutan dan gantikan dengan pisang abu. Walaupun berkongsi ruang, pokok pisang hutan hidup dengan subur. 



Harap pokok pisang abu penjagaannya senang dan kurang diserang penyakit. 



Pokok kantan yang disemai pun telah bertunas dan mengeluarkan daun. Ambil sedikit masa lagi sebelum dipindahkan di kebun bukit.




Pokok limau kasturi ini baru belajar berbuah..Dulu tidak diberikan harapan untuk berbuah kerana sangat terlindung daripada sinaran matahari. Walaupun sedikit, cukuplah untuk satu jug air sirap limau...


Dulu ada sepokok di kebun tumpang  sangat lebat berbuah...tapi tak tau kenapa, selepas dibaja pokok terus matii...ermm lagi ingin dibelai terus merajuk..macam itu tanam dan tinggal sajalah..



 



4 comments:

  1. Wah sedap tu pisang abu. Semuga menjadi tanamannya

    ReplyDelete
  2. Pokok pisang abu ni besar dan rimbun
    Makan ruang banyak.
    Jantung pisang abu paling sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea betul, induk memang besar, tapi nt jumlah pokok akan dikawal 2 pokok saja dalam satu satu masa

      Delete