Hampir keseluruhan bukit ini ditanam dengan pokok getah.. kesan torehan masih kelihatan di pokok- pokok. Musykil siapakah yang menanam dan menorehnya. Mendaki jalan berturap sudah terasa mengah, hebat si penoreh boleh melayan liku bercerun dari satu pokok ke pokok yang lain...stamina mereka pasti mantap.
Ramai pengunjung pelbagai peringkat usia. Bayi yang digendong pun ada. Pengamatan mendapati lebih 60 peratus pegunjung adalah wanita. Heran...hanya yang fit dan sudah biasa beriadah mampu mendaki sejauh ini. Tadi penulis datang dengan orang rumah, melihat jalan masuk curam terus tak jadi ikut. Mujur terdapat kompleks sukan berdekatan. Orang rumah beriadah di sana.
Penanda 2350m atau 2.35Km dari pintu masuk mendaki ke puncak.
Pemandangan menara telekomunikasi di puncak Bukit Dinding dari kejauhan.
Secara peribadi penulis beri rating 4/10, tiada pilihan kawasan riadah santai, tidak sebagaimana Taman Rekreasi Bukit Kiara. Penulis selalu datang berdua. Orang rumah tak cukup lasak untuk beraktiviti disini.
Jika tiada pilihan, boleh berulang lagi.
Selamat beriadah
ReplyDelete