Setakat berkebun tanam dan tinggal itu senang, cuma bila melihat kebun orang lain subur dan mengeluarkan hasil banyak, kita turut teruja, terbit juga keinginan untuk membelai tanaman agar menjadi juga. Orang lain tanam pisang setandan hampir 40 kilo, kita dapat 20 kilo pun mujur..sepokok ubi orang lain dapat lebih 30 kg, kita nak dapat sepokok 10 kilo pun susah..
Ilmu bertani langsung tiada..bila membaja main tabur, lain yang diharap lain yang dapat.
Tak tau samada teknik membaja salah atau baja yang tak sesuai. Bila penjual baja cakap bagus, kita pun belilah 2 guni baja organik 5:5:5 katanya bagus untuk pokok muda..
Ada pokok-pokok yang ok, keluar pucuk daun baru... ada juga yang terus padam..Salah satunya pokok petai, asalnya subur tetiba daun berguguran. Lemah dah nak pindahkan lagi 3 pokok yang masih di polibeg
Baja yang baru dibeli nih tak taulah serasi ke tidak dengan pokok dan tanah dikebun...baja organik berasaskan tinja ayam dan kambing, sekilo rm15 juga. Mengikut testimoni pengguna lain baja ini ok..
Bila pokok tidak diharapkan hasil, tak payah dibelai pun hidup...pokok ubi putih ni tumbuh dari sisa batang pokok yang dicampak begitu saja. Kira rezeki juga. Baru tau pucuk daun ubi putih lebih lembut berbanding dengan ubi merah. Ajaib ciptaan Allah...ubi putih ubinya keras, daunnya lembut, tapi ubi merah, ubi nya empok daunnya pula keras...
Jom jom berkebun...
Nampak baja mutiara dalam shopee. Kalau bagus nanti nak cuba lah. Sama lah saya bila tenguk kebun orang seronoknya. Bila tanam hidup segan mati tak mahu malahan ada yang terus kojol. Baja sekali lepas tu tinggal mana lah nak membelainya.
ReplyDeleteKita cuba berikan yg terbaik selebihnya berawakal
ReplyDelete