Ahad 2/7 anak- anak pulang ke KL melalui LPT, Isnin berkerja, sesudah river cruising kami meneruskan perjalanan ke barat semenanjung melalui Lebuhraya Timur Barat Jeli/Gerik.
Melalui jalan pesisir pantai K.Trengganu- Permaisuri-Besut mengembalikan kenangan silam berulang alik melalui jalan ini ketika anak no 4 bersekolah di MRSM Besut. Sayu dikenang semula, hari khamis telah bergerak ke pantai timur kerana disebelah sini Jumaat dan Sabtu adalah cuti hujung minggu. Balik singgah di MRSM Kuantan melawat anak sulong di sana sebelum bersambung ke bawah semenanjung timur selatan Johor melalui Laluan Kuantan-Pekan-Mersing melawat anak no 5 di MRSM Mersing pula..Ketika itu Johor masih lagi cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad. Kekadang hari Isnin baru kembali semula ke KL. Hampir 4 tahun mengulangi rutin yang sama.
Leburaya Timur Barat Jeli- Gerik pun sering melalui jalan ini kerana anak ke 2 pernah sekolah di Kuala Nerang Kedah, persediaan sebelum berangkat ke luarnegara ...Fuh anak- anak sekolah bertebaran satu Malaya . Seorang saja anak ke 3 sekolah berasrama berhampiran dengan rumah...hujung minggu boleh seludup keluar.
Disangka jalan lancar rupanya tidak, sesudah Tanah Merah, trafik mulai padat, terpaksa bersesak bersama permastautin yang ingin kembali ke Lembah Klang. Kini ramai yang menggunakan laluan ini kerana tidak mau terperangkap di jalan Gua Musang -Lipis
Dulu mungkin boleh diistilahkan sebagai lebuhraya kerana jalan tersangat sunyi hanya sesekali bertembung dengan kenderaan, kini istilah itu tidak lagi sesuai.. jalanraya 2 lorong sudah tidak menepati ciri ciri lebuhraya.
Hasrat untuk bermalam di Tasik Banding Perak terpaksa dibatalkan. Berpandukan google map untuk melepasi Jeli terpaksa melalui jalan kebun. Tak mau merentasi Banjaran Titiwangsa diwaktu malam, ambil keputusan menginap di rumah tumpangan Jeli..Huh mujur ada kekosongan
Bersambung...
Alhamdulillah di kurniakan anak-anak yang pandai-pandai. Kiranya satu malaysialah tiap bulan buat lawatan.
ReplyDeleteYea, bila dikenang rasa handal juga byak masa habis kat jalanraya hehe
Delete