Tuesday, July 4, 2023

Pantai Ketapang ..Kuala Nerus, Trg


Trengganu banyak pantai- pantai cantik. Jika sebelum ini bersantai di pantai Batu Burok, kunjungan berikut ini di Pantai Ketapang di daerah Kuala Nerus berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Pantai Tok Jembal juga tidak jauh dari sini.. suasana di sini sangat meriah dengan aktiviti sepanjang pantai...menunggang kuda, kereta kuda, bermain layang layang bermandi manda, berkhemah dll. Untuk makan-makan pun senang, banyak gerai di sepanjang pantai...makanan laut goreng celup tepung memang popular di Trengganu selain keropok lekor.

Sejak Jambatan Angkat dan jalan persisir pantai KTrg-Seberang Takir dibuka, Pantai Ketapang dan Tok Jembal turut menerima limpahan kunjungan orang ramai, jika dulu hanya Pantai Batu Burok yang menjadi tumpuan.

Bab kebersihan sepanjang pantai penulis beri 7/10. 




Kehadiran  anak-anak no 2 bersama cucu dan anak no 4  memeriahkan suasana...yang lain tak dapat bersama kerana kekangan kerja. 









 Muahh...

2 comments:

  1. Menarik tempatnya.
    Wak pernah bermalam kat homestay di pantai ketapang sekeluarga suatu masa dahulu

    ReplyDelete
  2. Terengganu memang menarik pantainya

    ReplyDelete