3 anak pokok durian duri hitam dan 3 pokok musang king yang dibeli di atas talian telah sampai. Berpuashati dengan saiz dan kesihatan anak pokok, berbaloi dengan harga Rm34 sepokok. Membeli di nurseri tempat kami mana boleh mendapat harga sebegitu.
Meneruskan pembelian bila penjual bersetuju menghantar sendiri anak pokok. Penuh satu 4wd termasuk di bahagian kabin penumpang, penjual membuat penghantaran satu Malaysia. Berbanding pokok lain yang lebih lasak, pokok durian semacam manja ditambah penjagaan di kebun yang ala kadar.
Dah cukup kuota pokok durian, melainkan pembelian untuk menyulam pokok yang mati atau tumbesaran terbantut. Sejumlah 23 pokok durian pelbagai variati sudah ditanam . Ada sikit lagi baki kawasan disediakan untuk pokok lain pula.
Setelah ditanam kini peringkat penjagaan. Rugi masa dan modal jika tanam tanpa penjagaan. Sudah berkenalan dengan beberapa pekebun komersil yang telah terbukti menanam , menjaga dan kini menunggu masa mengutip hasil..Ingin ditiru sop penjagaan termasuk teknik membaja, memangkas dsb. Tak mampu meniru 100 peratus dapat sebahagian sudah memadai...tak boleh samakan orang bertani komersil dengan orang berkebun lebih untuk kegunaan sendiri.
Kebun semaunya hanya menggunakan baja organik selain tiada penggunaan racun rumpai, biar semak samun bertebas saja.
Walaupun kebun tak besar, bila diusahakan dan menjadi ianya boleh menjadi terapi fizikal dan minda...makin semangat gitu..
Semoga hidup subur dan cepat membesar
ReplyDeleteAmin yrb al amin
Delete