Meneruskan rutin beriadah pagi, Khamis kami ke Kuala Kubu Bharu. Taman Tasik Milinium berdekatan dengan MRSM Kuala Kubu Bharu, taman rekreasi luas melingkari tasik bekas lombong. Puas beriadah sekali pusing.
Tahu tempat ini secara kebetulan, mulanya sekadar ingin melihat lokasi aktiviti paragliding. Tidak sebagaimana paragliding di Jugra Banting yang lebih popular, kami tak tahu pun ada paragliding di KKB, terperasan apabila terpandang aksi mereka melayang di udara. Tempat terjun di puncak bukit bersebelahan IKBN KK Bharu dan tempat mendarat adalah di padang stadium mini Taman Milinium.
Hujan pagi, tak jadi beriadah kami mandi di kolam air panas Kuala Kubu
Suasana dingin, air panas dirasai hangat.
Berbanding kunjungan terdahulu, kawasan air panas kini dilengkapi dengan tempat persalinan. Persekitaran juga lebih bersih.
Bolehlah beraktiviti berendam spa air panas percuma secara mingguan, cuma kena datang awal pagi hari biasa untuk lebih santai tanpa bersesak dengan pengunjung lain terutamanya dihujung minggu. Berendam di air panas sangat bagus untuk nyahtoksik badan.
Harap- harap kita sama-sama menjaga kebersihan tempat awam, buang jauh jauh mentaliti setinggan.
Jom jom ke sana..
Selamat beriadah
ReplyDelete