Final. Inilah harga yang terpaksa dibayar untuk melepaskan diri dari menjadi tebusan KWSP. Keseluruhan hampir RM30 ribu dibayar secara ansuran apabila majikan gagal menjelaskan caruman kwsp pekerja, walaupun kita hanya sebagai pengarah proksi, akta kwsp tidak akan melepaskan anda. Nasihat kepada anda diluar sana, janganlah meminjamkan nama kepada sesiapa, melainkan anda sendiri berperanan dan aktif di syarikat tersebut.
Meraikan kebebasan itu, pertamanya kami akan meronda Siam berkereta dalam Ogos atau September..teruja keluar negara tanpa perlu memohon kebenaran dari KWSP. Walaupun sebelum ini tidak dihalang untuk ke luarnegara bersandarkan alasan- alasa tertentu tapi tak akan sama perasaan bebas dan terbelenggu.
Bagaikan orang yang kemaruk bebas, bulan November kami akan ke Jepun selama 2 minggu, mengikuti rakan yang dulunya belajar di sana. Ketika itu musim dingin baru bermula. Bila ada yang membawa di negara yang bahasa dan tulisan serba asing, rugi menolak pelawaan rakan tersebut..Kami akan ber Campervan.
Kebun..? He he kita tinggalkan dulu.
No comments:
Post a Comment