5H4M Siam melabuhkan tirai. Perancangan asal ingin kembali ke Malaysia melalui Takbai/Tumpat., semasa bersembang dengan tetamu hotel, dberitahu feri Takbai/Tumpat sudah tidak beroperasi sejak PKP lagi, jika berkenderaan hanya boleh melalui Sg Golok/Rantau Panjang.
Sambil menuju sempadan menyinggah mengabadikan foto di Riverfront Naratiwat.
Jumaat memasuki sempadan Golok/Rantau Panjang mudah, yang sedikit sesak di imigresen menghala ke Siam. Warga Malaysia mengambil kesempatan cuti Maulidul Rasul Khamis untuk berpusu -pusu ke Siam. Pekedai siam pun macam dah bersedia menerima kehadiran pengunjung Malaysia sempena cuti umum.
Hujung minggu, Siam sering menjadi tumpuan Mat Motor...
Pagi bersarapan di Rantau Panjang, tengahari makan- makan di Pantai Penarik Setiu, Trengganu. Premis makan-makan tumbuh bak cendawan semuanya berhias cantik dan meriah disini. Tak boleh lawan pantai Siam berbanding keindahan Pantai Penarik
No comments:
Post a Comment