Bila gerimis pagi aktiviti paling seronok adalah berkebun. Kebun tumpang hampir 3 minggu tidak dijenguk. Bila redup dan sejuk kerja membersih tidak begitu memenatkan, kemudian menyulam pokok ubi 4 pokok dan memindahkan anak pisang tanduk 2 pokok. Tanah pun lembut dan mudah membuat batas baru. Tup tap tup tap sampai masa berhasil. Kan best tu..
Semalam menuai ubi kayu 2 pokok yang telah tumbang, hasil boleh tahan banyak dan besar, makan sendiri tak habis, bolehlah dikongsi bersama jiran, minggu lepas jiran berkongsi nangka yang ditanam di bahu jalan depan rumah.
Semangat berkebun seperti pasang surut air laut..adakala malas ada ketika rajin. Bertanam pokok yang mudah dijaga yang penulis suka. Biarpun keliling pokok dipenuhi rumput, sampai masa boleh dituai.
Bila balik kebun biarpun tak banyak ada saja ole ole yang dibawa. Berjuadah batang keladi dan pucuk manis kita harini.
Jomlah berkebun...
No comments:
Post a Comment