Selain gerai-gerai, kemudahan asas tandas dan surau ada dilokasi , cuma mentaliti pembersih masyarakat masih sangat lemah, tandas tersangat kotor. Sudah tiba masa PBT mengenakan bayaran di semua tandas awam. Bila berbayar selalunya terdapat penjaga untuk membersih tandas. Apa guna percuma jika fasiliti tidak berfungsi, sedangkan bukan murah duit rakyat digunakan untuk menyediakan prasarana.
Membeli ikan dan udang segar dengan harga sangat murah...
Fuh alangkah bagus jika terdapat restoran cantik dibina menghadap laut.
Warga Malaysia memang suka makan -makan..Apabila berjalan, tempat pertama yang dicari pastinya tempat makan. Lokasi strategik dan pemandangan cantik memberi kelebihan jika dimanfaatkan sebaiknya.
Kelebihan Malaysia, selain keindahan alam semulajadi, kos untuk makan- makan adalah lebih murah berbanding negara lain. Harga barangan berbanding pendapatan masih lagi setimpal.
Tadi kami makan di muara sungai Parit Jawa Muar, set hidangan asam pedas siakap separuh tapi besar, sayur, telur dadar, sambal dan ulaman untuk dua orang makan sekadar dikenakan bayaran RM22, kalau di Siam baru ini, set begini hampir pasti tak akan kurang 600Baht atau RM80 setelah dikira tukaran wang semasa.
Nikmat apa lagi yang ingin kita dustakan..
saya orang muar pun tak tahu ada pantai simen. Kalau parit jawa pernah lah
ReplyDeleteTak bolehlah beranggapan pantai seperti dipantai timur, berpasir haus putih mulus..di sini pantai berlumpur dan berhutan bakau
Delete