Tuesday, October 17, 2023

Pokok Pisang Rebah...

Ini rumpun ke 2, pokok pisang tanduk rebah ke bumi, dulu sepokok pun tumbang ketika usia sebegini, buah masih lagi muda. 


Dah periksa akar pokok sebahagiannya masih lagi utuh. Tak pasti mengapa hanya pokok pisang tanduk yang suka patah dipangkal, nak kata ada ambil benih di pangkal tidak juga, pokok yang tumbang ini tumbuh sendirian, mungkin dulu ketika ditanam tidak cukup kedalaman.


Pisang Serendah sempat ditongkat sebab sudah kelihatan condong.





Hah tak pastilah masih mampu hidup atau tidak... bertongkat ditiga penjuru



Satu pisang telah patah akibat terhempas ke bumi..

Kalau pisang serendah, buah muda boleh juga dibuat gulai, pisang tanduk muda  mungkin boleh direbus begitu saja atau cuba dibuat kerepek, jika cubaan mendirikan semula gagal menghidupkan kembali pokok.



2 comments:

  1. Alahai sayangnya. Kena angin kuat tak. Pisang tanduk muda buat kerepek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok yang ditegakkan semula tidak nampak tanda layu ..ada peluang hidup...

      Delete