Wednesday, November 15, 2023

Jom Jepun D14- Toba In Ise Shima

Penginapan  D14, caravan D12

Roadside Station Misugi, Mie


Memandu berpandukan sepenuhnya dengan google map...hutan, gunung, sawah, perumahan, kampung semua diredah tanpa bantahan. Kelemahan cara ini kita langsung tidak mengambil tahu arah kompas, utara selatan timur maupun barat.. 


Pemanduan malam tadi bergerak bertentangan arah dari destinasi sepatutnya, setibanya ke destinasi baru perasan, bila terpampang papan tanda Osaka, arah selatan sedangkan sepatutnya kami ke Utara menghala Tokyo. Ermm berpatah balik semula. Rugi 1 jam. Hampir 9 mlm baru tiba di penginapan, lalu lintas sudah sangat sunyi. Hentian bermalam agak terpencil, kurang  5 kenderaan bermalam di situ.


Awal pagi mengemas bagasi di hentian awam untuk pulang ke tanahair..Orang pun tak ramai. Esok 15 hb jam 11 mlm penerbangan ke Malaysia. Hasrat menginap lagi dihotel dibatalkan, bajet lari sesudah bershoping di Aeon. 12 hari tidur di lori boleh,, takkan berbaki 1 hari lagi tak sanggup.

 
Hentian malam kami sunyi sepi...

Selesai berkemas bagasi meneruskan lawatan ke Toba   untuk makan tengahari.











Sebelum itu singgah di Look Out Point Ise-Shima National Park. Kawasan telok ini popular dengan aktiviti menyelam mencari mutiara oleh para wanita. 






Makan tengahari makanan laut di restoran milik bekas penyelam wanita berusia 92 tahun. 

Mungkin pengunjung muslim ramai, pengusaha restoran menyediakan bilik solat lelaki dan wanita. Sebelum ini bersolat merata. Dan kebetulan hampir semua petak parking kami menghadap kiblat, para ibu boleh bersolat di dalam caravan..




Makan set makanan laut segar...Udang masih hidup ...Set menurut kepelbagaian jenis. 8000 yen atau hampir Rm240 set paling murah, esok nak balik tanahair kasi perabih bajet yen yang ada.











Bersama pemilik restoran, biarpun berusia 92 tahun kelihatan masih gagah...menyelam sejak umur 10 tahun hingga 80 tahun.







Menuju penginapan selanjutnya menaiki feri, dapat menjimatkan masa berbanding memandu di laluan darat .


Malam menginap di RnR Michi-no- Eki Shirasuka..

1 comment:

  1. wah bagus lah dia sediakan tempat solat. Walaupun dah berumur masih gagah lagi. Udang karang tu tak tahan sungguh tenguk.

    ReplyDelete