Sunday, November 12, 2023

Jom Jepun- Day 10 Gattango

 

10 hari sudah berlalu di Jepun, 8 hari bercaravan.

Meneruskan itinerari Jepun, sesudah Shirakawago, kami terus ke Gattango, jarak dalam 70km, atas kertas  seperti dekat, selain hiway, jalan di Jepun sempit, tiada bahu jalan, bila tak biasa memandu caravan terasa mahu bergesel dengan kenderaan berlawanan arah, menempuhi laluan dipergunungan, tempoh masa untuk ke sana hampir 2 jam walaupun trafik agak sepi..


Di Gattango ingin mencuba keunikan berbasikal di atas trek keretapi tinggalan lombong arang batu.


Caj satu kepala 1600 yen atau Rm36...


Ketika tiba hari hujan, pengunjung tak ramai..










Basikal dibantu kuasa bateri supaya kayuhan lebih lancar







Juadah gelandangan Jepun, nasi boleh dibeli dari kedai serbanika..Lauk pauk peket pelbagai jenis rendang, masak merah.. serunding dlldibawa dari Malaysia.


Malam ke 10, ibu- ibu mula mengeluh sakit badan...kwang..kwang..terpaksa mencari hotel untuk mereka...



No comments:

Post a Comment