Ada beberapa perkara yang penulis terinspirasi setelah meronda Jepun.
1. Pokok buahan yang ditanam dicantas supaya tidak tinggi, berbuah tersangat lebat seperti lebih banyak buah dari daun. Bersemangat untuk meniru pokok buahan di halaman rumah..Pokok jambu, mangga, rambutan, ciku, durian belanda, semunya menjulang langit, berbuah sedikit selain susah nak jaga buah dan petik
2. Tiada tanah kosong terbiar, semuanya bertanam samada padi, sayuran, buahan tak kira di bandar, desa, kawasan kilang, pergunungan dsb. Longkang,- longkang awam dijadikan sebagai jaringan sistem pengairan.
3. Kenderaan di sana comel-comel.
Model Kembara/Daihatsu Terios, masih kelihatan dijalanraya. Terpandang model-model lama segera teringat cakap-cakap yang mengatakan di Jepun kenderaan wajib dilupus apabila mencapai usia tertentu, sebab itu banyak kenderaan recond atau kenderaan potong dieksport ke negara lain termasuk Malaysia, rupanya itu hanya mitos.
Selain model Kembara, ada saja model lama Suzuki swift, Jimny, Estima 98, Harrier, honda accord dll. Model terkini pula tidak begitu banyak, Pikap Hilux, Dmax, Navara langsung tak jumpa... Perodua Ativa bawah jenama Dasihatsu/Toyota banyak..Rasanya model terkini Jepun di Malaysia lebih banyak di jalanraya. Mereka mungkin tidak begitu obses dengan kenderaan persendirian sebab kos pemilikan mahal selain pengangkutan awam yang cekap.
Saban hari melihat kenderaan comel Jepun segera teringat Kembara yang dihantar untuk di cat baru...Semangat datang...
Mujur bertanya khabar dan meminta photo Kembara yang telah dicat, rupanya tidak sebagaimana disuruh..Line hitam bumbung belakang dan depan tidak sebagaimana dikhendaki. Nampak pelik.
Walaupun tidak secerah hijau dikhendaki kerana ketiadaan kod warna, ianya tetap lawa.
Cuma line belakang apasalah dibuat menyenget...
Kita dah cakap buat lurus saja...
Line bumbung depan tiada seni langsung..
wah dah baju baru....cantik...berapa kosnya wak tukar baju tu
ReplyDeleteXnk kasi tau nt bini marah hehe
Delete