Friday, November 10, 2023

Jom Jepun- King Crab, Nou Fishing Port.

Malam ke 5 campervan, bermalam  di Roadside Station Marine Dream Nou...







Sebelum itu, sesudah ladang epal, kami bekunjung ke Kogen, kawasan ski resort, ketika kami datang suasana agak sunyi, kelihatan hotel yang macam ditinggalkan, mungkin kesan covid19 dulu..Kalau salji telah turun dan aktiviti berski sudah ada, mungkin suasana lebih meriah.

Perjalanan ke penginapan Nou Station, diiringi dengan angin kuat, kenderaan terhoyong-hayang ketika memandu, cermin tingkap terpaksa diturunkan untuk memberi laluan terjahan angin...














Terdapat arca-arca yang dibina dipadang tepian laut..entahlah mungkin kami bukan orang seni, ikut mata kami, langsung tiada nilai estatika..



Pasar makanan laut RnR dibuka seawal 6 pagi.





Mencuba  ketam besar yang telah siap dikukus..Harga ketam berdasarkan saiz, 900 yen, 1600yen, 2000 yen dll seekor...




3 ekor ketam bernilai 5000 yen untuk dimakan ber 6...










Sesudah ini akan bergerak ke Karube, tempat pelancongan atas gunung tinggalan lombong arang batu.



 

No comments:

Post a Comment