Monday, November 6, 2023

Jom Jepun- Korura Heda

 Lokasi bermalam ke 2.

Tempat penginapan hanya dilokasi parking awam yang dibenarkan, lagipun di sini mudah ke tandas. Campervan kami tidak dilengkapi tandas, sengaja memilih campervan tanpa tandas sebab leceh untuk membersih kotoran dan mengisi semula air. Tanpa tandas akan tiada bau tidak mengenakkan dikabin.





Agak menghairankan setakat yang telah kami lalui selama beberapa hari ini parking awam dan bandar-bandar kecil di Jepun tidak sepenuhnya dilengkapi dengan lampu jalan., bila bergelap itu yang tersauk selipar berlainan pasangan.

 
Walaupun campervan  dilengkapi dapur ekektrik, kami turut membawa dapur gas mini . Bekalan elektrik melalui bateri yang akan di cas semula ketika pemanduan. Musim dingin penggunaan elektrik dapat dijimatkan kerana tidak menggunakan AC. 


Penggunaan air memasak diambil dari tandas awam. 



Walaupun tempat parking disediakan paip awam ianya berkunci dan tak tau dimana nak dapatkan kunci. Bukan saja paip, tong sampah turut berkunci, biarpun tiada tong sampah warga Jepun membawa balik sampah dan tidak dibuang disembarangan tempat.

.

No comments:

Post a Comment