Hensem dah, Kembara 98 diberi baju hijau baru, setokin putih baru, topi hitam baru.
Kancil pun tak malu lah nak duduk dengan adik berwajah baru.
Kembara setelah dihantar servis, enjin terasa lebih senyap, dulu kedengaran seperti meneran, tak pastilah samada memang betul senyap atau psikologi kerana sudah terbiasa bawa.
Biarpun berbaju baru, masih tiada keyakinan untuk dibawa jalan jauh..setakat ke kebun atau pemaduan berdekatan boleh lah...trauma enjin panas sehingga dinaikkan ke trak tunda.
Bawak Kembara lebih syok berbanding Kancil sebab tinggi, cuma Kembara kuat sedut minyak, RM50 tak sampai 3,4 hari sudah minta di isi lagi..sedangkan Kancil RM30 selamba tahan seminggu..
Logo grill depan rm26 termasuk pos
Logo baru dan plat baru...solekan kecil begini yang menyerlahkan lagi kehenseman kereta. Nak lagi hensem tukar lampu depan..Walaupun dah dipolish, masih kelihatan lusuh.. Kalau tukar baru satu set Rm280, tak termasuk upah pasang.
Memang dah sampai masa diganti baru..plat depan belakang telah usang dan pecah. Satu set Rm36
Dah di bawa ke kebun..Kalau dulu semak samun main redah, kini stop! Stop! Kita kasi cantas dulu... Baju baru kann..
wah macho dan hensem
ReplyDelete