Friday, January 19, 2024

Camping Puncak Serigala...

Percubaan CamperKembara bermalam  di kebun rakan Puncak Serigala, Hulu Bernam berjalan lancar. Bertolak agak lewat jam 6 petang dan tiba di kebun sebelum maghrib, sejurus tiba hujan mulai turun, mujur sempat tiba dipuncak sebelum hujan, jika tidak nescaya tidak mampu mendaki ke puncak kerana akses curam, dalam keadaan kering pun terpaksa berundur beberapa kali dan menggunakan gear paling rendah 4wd.








Pemandangan kebun dari pondok kaki bukit...

Bermalam di puncak bukit...Rumah Hinggap di puncak tidak kelihatan dari kaki bukit..






Tilam tebal 4 inci ditambah topper fuh tenggelam bila berbaring...Kekemasan perlu dipertingkatkan.



 

Hujan malam, puncak diselaputi kabus diwaktu pagi.








Masak-masak di rumah hinggap puncak bukit...



Bersarapan di puncak dengan pemandangan yang ohsem..


Percubaan pertama ini untuk menambah baik camperKembara supaya perkhemahan lebih mudah, santai dan selesa. 



Berada ditempat tinggi ketika hujan, keselesaan diruangan kabin tidak menjadi isu, berbekalkan kipas mini sudah memadai, lagipun dengan adanya khemah sisi pintu boleh dibuka untuk udara segar masuk. 

Bermalam ketika hari panas dan tidur di parking awam perlu mencari kaedah terbaik menyejukkan kabin..di kawasan parking awam khemah sisi tidak akan dipasang, melainkan jika itu memang tapak camping.

Beberapa penambahbaikan telah dikenalpasti antaranya

1. Pemasangan khemah sisi kanan dan kiri. Sangat berpuashati dengan khemah pertama 2m x 2m  kalis air dan ringan, sudah memadai tapi belian kedua nanti ingin mencari 2m x 3m supaya dapat memayung  semua tingkap depan dan belakang...ketika hujan kedua dua pintu boleh dibuka supaya udara segar masuk. Kaedah pemasangan akan dipermudahkan lagi dengan hanya menyangkut pada kenderaan.

2. Tinted cermin akan dipasang supaya peralatan camping dalam kabin tidak kelihatan., sekarang ini sangat menjolok mata bagaikan penyewa  rumah lari malam..hehe

3. Tayar sebaiknya tukar kepada offroad supaya dalam situasi jalan teruk mendaki dapat ditangani dengan mudah. 

4. Rangka alas tidur akan diringkaskan lagi supaya tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan boleh diakses dengan lebih mudah. Dengan tilam tebal rangka alas boleh dikecilkan lagi. 


Keseluruhan 80 peratus berpuashati dengan set up camperKembara.


Destinasi berikutnya tapak perkhemahan Air Terjun Cherandong  Kuala Kubu Bharu...

2 comments: