Wednesday, January 17, 2024

Pokok Rambutan Bonsai

Pokok rambutan ini salah satu  pokok buahan yang termasuk dalam sempadan kebun Puncak Rasa, yang lainnya  2 pokok duku.

Oleh kerana dikelilingi pokok hutan tinggi, pokok rambutan turut menjulang tinggi, tak pasti samada pernah berbuah atau tak. Persekitaran telah dibersihkan.


Hariini memotong dahan-dahan, mana-mana yang tumbuh menegak dipotong manakala dahan yang mendatar dibiarkan. Pokok sudah terlalu tinggi, jika dibiarkan dan berbuah, rasanya yang berbuah dipuncak tidak dapat dimanfaatkan.



Sesudah dipotong pokok menjadi lebih rendang. Jika berbuah nanti akan lebih senang dipetik.

Pemandangan Banjaran Titiwangsa juga lebih jelas kelihatan dari pondok kebun. 



Kawasan yang dulu dikhaskan untuk pokok kantan kini diganti dengan pokok rambutan, nangka dan ciku...sekarang sedang menunggu pokok-pokok yang disemai cukup besar untuk dipindahkan.

Untuk memudahkan pergerakan dan persediaan membawa masuk ATV teres- teres mini dibina menggunakan cangkul.   Diam tak diam 3 jalur teres telah disiapkan..Teres akan dilebarkan sekiranya terlalu kecil untuk pergerakan ATV.., tanah peroi mudah saja membina teres...selain sebagai laluan, teres turut dijadikan sempadan pembersihan..  

Tak larat buat laju kita buat yang semampu...yang penting istiqamah...Kalau sebelum ini datang seminggu sekali akan datang sudah boleh dijarakkan tempoh 2 minggu sekali terutamanya sesudah pagar ekektrik siap. Nak datang terlalu kerap  pun tak tau apa nak dibuat..Hanya menunggu pokok membesar.



2 comments:

  1. seronok dapat berkebun begini...semoga terus diberi kesihatan untuk meneruskan aktiviti nya..Amin

    ReplyDelete
  2. wah tak lama lagi nampakle hasilnya

    ReplyDelete