Monday, January 1, 2024

Selamat Tahun Baru 2024...

Selamat Tahun Baru 2024. Pantas waktu berlalu. Tup tap nanti sudah dipertengahan 2024 seterusnya penghujung 2024, itulah  yang dirasa ketika menyambut ambang 2023 dulu.

2024 menjalani kehidupan seperti biasa, rutin mencari kesihatan itu wajib. Meronda sana sini tetap dihati, cuma bajet tahun ini lebih untuk meronda dalam negara dan negara berjiran asean.

 Sekarang sedang berangan melengkapkan kenderaan keluarga, semurah mungkin menjadi campervan, lengkap dengan tilam empuk dan aircond mudah alih...Telah mengintai intai AC mudah alih menggunakan bateri tahan sehingga 5-6 jam.  Berkongsi maklumat dengan para pengembara yang menggunakan AC mudah alih ini. Mungkin boleh tambah dengan kipas berkuasa bateri yang angin dilalukan ke kotak ais kedap udara untuk udara lebih dingin.. 

Keperluan lain tidak begitu kritikal. Kekurangan bercampervan di negara tropika adalah cuaca panas. Jika masalah ini dapat diatasi dengan kos yang murah, ronda- ronda akan menjadi lebih seronok.

 Bila kenderaan dilengkapi tempat tidur sempurna, kos meronda dapat dijimatkan, boleh berhenti rehat di mana- mana tempat sebelum tiba ke destinasi utama. Di destinasi utama baru menginap di hotel. Dapat tidur dengan sempurna di sepanjang trip mampu mengekalkan kesegaran mental dan fizikal.. Boleh berhenti di RnR yang lengkap dengan tempat mandi, berkenaan makan tak menjadi isu kerana boleh tapau. 

Sementara impian terlaksana,  aktiviti kebun terus berjalan, akan memanfaatkan segenap ruang kebun. Sekarang sedang memindahkan anak-anak pokok rambutan, mangga dan jambu bol yang tumbuh  merata. Biji-biji yang dicampak merata, bercambah, biasanya pokok- pokok begini lebih lasak dan akan dijadikan pokok penanti.

Beli anak pokok di nurseri pun sudah mahal, sebelum ini anak pokok kebanyakannya lebih Rm 20 sepokok..




Anak- anak pokok  yang telah dipindahkan ke polibeg

Rambutan anak sekolah-10 
Mangga- 3
Nangka -1
Jambu bol -1

Banyak lagi pokok yang boleh dipindahkan. Sementara ini cukuplah dulu..

2 comments:

  1. kat kampung saya wak banyak anak benih jambu susu. BIla berbuah je kadang tak termakan jadi benih je dah melacak. Kadang kami tebas je tapi kadang di buat benih bagi yang nak tanam.

    ReplyDelete
  2. Jambu bol ada juga tapi dah lama tak dapat rasa buahnya yang besar. Selalu jadi mangsa monyet yang makan.

    ReplyDelete