Bila kaki mulai pulih, mula lah gatal merayap..lebih seminggu bergolek jalan bertongkat kerana gout diikuti dengan sakit sendi tendonitis. Makan berpantang menunjukkan hasil positif. Tak pasti tujuan asal, sesudah memasuki tol plaza baru ambil keputusan ke CH. Beg pakaian memang sentiasa tersedia di kenderaan.
Datang hari biasa Khamis, CH tak sesak..Jumaat terdapat pertambahan pengunjung dari negeri cuti Jumaat , tapi tidak sesesak Sabtu Ahad..Sewa bilik hotel masih mesra poket dalam lingkungan Rm100+- .
Skyfarm Agro Highlands.
Kesempatan ke CH membeli stok makanan dan buahan mesra gout. Strawberi bagus, keledek, jagong, timun pun mesra gout.
Tak banyak pilihan untuk orang berpantang. Hanya memilih makanan semula jadi, tiada makanan proses maupun Gorengan dan tanpa Gula
CH destinasi berbaloi untuk dikunjungi, suasana dingin dan nyaman. Kalau aspek kekemasan dan kebersihan ditingkatkan lagi nescaya CH menjadi permata destinasi pelancongan tempatan.
Permerhatian mendapati masjid masjid di CH sudah sampai masa dinaik taraf..luaran kelihatan uzur, baik Masjid Brinchang, Tanah Rata maupun Ringlet...
Datang melalui hiway PLUS exit Tapah balik melalui Sg Koyan -Raub- Bukit Fraser-Rawang...
Next kita meronda jauh lagi...
Kalau dah biasa berjalan bila dah baik memang nak berjalan je. Ubat kaki
ReplyDeleteTerapi minda heHe
ReplyDelete