Cabaran berkebun bukan sedikit. Tak semua perancangan menjadi sebagaimana yang kita inginkan. Tanam sepuluh hidup sepuluh itu hebat...Tanam sepuluh berbaki sedikit itu cabaran sebenar berkebun. Sebab itu semangat jangan dihabiskan di awal- awal berkebun untuk menghadapi kemungkinan ini..
Berkebun komersil berbeza dengan berkebun santai. Berkebun komersil modal awalan kena keras..prasarana asas mesti diberi perhatian serius...sistem pengairan, kawalan serangga, kawalan haiwan liar, pembajaan mesti mantap..Hasil pun mantap
Berkebun santai prasarana boleh berlebih kurang, tapi pencapaian kebun jangan disamakan dengan kebun komersil.
Kebun penulis termasuk dalam kategori 2..
Mengakui kekurangan itu, terpaksa menerima hakikat perlu mengulang berkali-kali proses tanam dan sulam.
Pokok durian spesis tanaman agak manja. Sedangkan yang dewasa boleh terbantut tumbesaran inikan lagi yang masih merangkak dari anak pokok. Kesesuaian tanah, kurang penjagaan, serangan serangga, haiwan liar dsb adalah cabaran menanam pokok durian.
Untuk menyulam pokok yang terbantut atau mati, anak pokok durian dibeli lagi..Kali ini mencuba spesis duri hitam 8 pokok dan tikka 2 pokok berharga 35 setiap satu. Sekarang dah tak pentingkan spesis..yang penting pokok boleh hidup.
5 anak pokok nangka J33 turut dibeli..jika dulu hanya berharga Rm10, di nurseri berbeza harga Rm23 sepokok. Sepuluh pokok yang ditanam 3 minggu lepas ada yang hidup, banyak juga yang tewas...daun seperti diserang serangga.
Benih durian kampong hanya 5 pokok yang hidup berbanding 10 yang dipindahkan ke polibeg..
Benih avocado belum bercambah lagi.
Inilah cabaran berkebun...Namun masih kekal semangatt..
Jadi petani semangat kena kental
ReplyDeleteBanyak cabarannya
Benar sekali...
ReplyDelete