Monday, May 27, 2024

Ole ole Kebun...

Orang memberi kita merasa, tak cukup luas tapak tangan, nyiru kita tadahkan.


Bertandang ke kebun rakan bila balik mendapat buah tangan. Bukan saja buah pisang dan buah longan Brazil/matoa, turut diberi sepasang anak pokok matoa, durian belanda, delima dan pokok mentega.

Pokok pokok ini akan ditanam di kebun bukit...masih banyak ruangan kosong yang boleh dimanfaatkan. Apabila ruangan dimanfaatkan semaksima, kerja membersih kawasan semakin minima.. Setelah kesemua pokok membesar nanti kebun akan menjadi lebih teduh, lahan akan kurang tumbuh rumput liar ...ketika itu tidak lagi risau dengan terik matahari, boleh saja berkerja tak kira masa selagi terdaya..












Pokok matoa berbuah sebesar pinang.. Dahan yang menjulang ke langit dicantas supaya lebih rendang.

Ketika ini dikebun penulis sudah sepokok ditanam dan membesar dengan baik, memang sedang mencari anak benih pokok tambahan. Dengan tambahan 2 pokok rasanya sudah memadai...

Begitu juga dengan pokok durian belanda, tambahan 2 pokok akan menjadikan keseluruhan nanti kepada 5 pokok...






Pertama kali menanam pokok delima begitu juga dengan pokok mentega, sebelum ini tak kenal pun pokok mentega..katanya rasa buah seperti mentega.

 
Jom jom berkebun...

4 comments:

  1. wah rezeki tu sekali dapat anak pokok buahan banyak. Longan matoa tu senan tka tanam dan jaga. Macam nak kena cari anak benih dia lah nak cuba tanam kat kampung

    ReplyDelete
  2. Salam bertani
    Pisang kepok tu sesuai digoreng bila masak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mantap wak..tp nk mudah dikukus saja..yg hampir masak sgt sedap dikukus..

      Delete