Mana yang air bertakong digali parit tanah...Tak mampu disiapkan sekali, ulang berkali kali..Buat ketika semangat datang..Masa lemau ok saja terbiar..Takda penetapan masa..
Pokok pisang ni dulu nyaris mati sebab sekeliling berair..sekarang serumpun dah dituai hasil dan sepokok lagi sedang menunggu matang...harini memindahkan lagi 2 anak pokok...
Jiran sebelah kanan dulu kita minta izin untuk tanam pisang, ermm... dia keberatan..sekarang menawarkan semula untuk kita usahakan bila tak sanggup asyik membersih dan meracun... Argh tak maulah..
Bila tanah tanpa tanaman memang terasa berat membersih berbanding tanah bertanam sebab otak kita teruja membersih sambil melihat pokok- pokok yang membesar..Lagipun ruangan yang perlu dibersihkan semakin kecil hanya antara tanaman. Rumput pun tidak begitu cepat meninggi.
Bila benih yang disemai tumbuh, semangat yang malap kembali segar..lupa segala kepenatan...6 pokok avocado dari 17 benih yang disemai berperingkat kini telah tumbuh...Di kebun bukit sudah ada 7 pokok. Misi menanam 30 pokok avocado makin hampir menjadi kenyataan...
Siput jangan berani kacau pucuk...Siap kau..