Tuesday, June 11, 2024

Pisang Puncak d'Rasa...

Semalam Isnin bermulalah episod ke kebun secara solo.  Alhamdulillah tidak begitu  kesunyian. Kalau  rakan-rakan lain boleh bersendirian, kenapa tidak kita, sedangkan kebun orang lain ada yang lebih terpencil.
Bila bergerak solo kita tidak terikat dengan masa orang lain..seawal 7 pagi sudah boleh memulakan kerja...nak balik cepat ok..nak melepak lama pun boleh.

Apabila kebun lapang hati tidak begitu cuak kecuali di kawasan sempadan berjiran semak, bila pagar  dah dipasang nanti, hati akan lebih tenteram dan lebih berani bermalam di CamperKembara...  Tanpa pagar, perasaan itu turut akan lenyap lebih lagi bila Kembara Park telah disiapkan. Pada kedudukan itu  boleh meninjau keseluruhan  pemandangan  kebun dan kenderaan lalulalang di jalan utama, jadi perasan gementar secara automatik turut terhindar..


Kunjungan kedua sudah dapat membina akses ke puncak sebanyak ini...Inipun bersesekali menebas rumput kebun. Bila penat berehat, segar sambung lagi tak sedar jam sudah 1 tenghari..

Perlu membuat penyesuaian laluan, bukan sebab tiada cengkaman, tapi Kembara tidak cukup kuasa untuk mendaki cerun curam walaupun menggunakan gear 4wd paling rendah. Laluan terbaru berlembah sempit perlu ditambak sedikit  untuk mendapat lajak lebih mendatar...Tayar terpakai akan digunakan sebagai tembok penahan..cuma risiko laluan kedua ini setelah Kembara menuruni lembah namun tidak juga mampu mendaki laluan mendaki berikutnya, tiada tempat untuk membuat pusingan...




Demi mengelakkan risiko, mungkin meneruskan saja laluan yang telah dibuat namun  terpaksa melurus, menggali dan mengambus supaya laluan lebih landai. 

5,6 kali datang rasanya Kembara sudah boleh mendaki ke platform cadangan. Kalau pun siap lebih lama tak mengapa sebab tiada tempoh masa ditetapkan..Kita buat kerja secara santai..yang penting objektif tercapai.




 Percubaan menanam 5 Pokok pisang turut dibuat ..3 pokok pisang abu dan 2 pisang nangka...nak tunggu pagar siap ermm lama lagi..Harap pagar elektrik dapat disiapkan ketika pokok pisang mula berbuah nanti.. 


Jom jom berkebun...

2 comments: