Friday, July 5, 2024

Atv Kebun...

Yang dinanti-nanti telah tiba, Atv Kebun..lebih 2 tahun juga menunggu ATV siap. Hampir merelakan jika atv tidak diterima kerana nombor penjual pernah seketika tidak boleh dihubungi, rumah pula terlupa alamat..

Selain pkp, penjual ditimpa musibah isteri dimasukkan ke hospital kerana sakit kanser. 





Kalau memang dah rezeki, setelah begitu lama menyepi, tetiba nombor aktif semula dan wasap berjawab..selebihnya tinggal kenangan dan Alhamdulillah harini sesudah Jumaat ATV alamat sampai..




 Atv ini salah satu pembakar semangat untuk rajin datang ke kebun, masa kecil mana pernah berpeluang bermain dengan motor beroda empat begini. Di kebun banyak manfaat, boleh angkut barang, segenap ceruk boleh didatangi..Berbanding motor roda 2, motor roda empat boleh berhenti tanpa memikir dimana untuk menongkat motor. . Cuma akses perlu disiapkan dan cukup lebar untuk atv.

Atv menggunakan motor Honda ex5 yang diketahui sangat kuat dan lasak, namun tidak boleh juga dilenjan sesukahati dikhuatiri sukar untuk dibawa keluar untuk dibaiki.

Kita akan layan dengan penuh kasih sayang...

2 comments:

  1. wah bestnya. Alhamdulillah berkat kesabaran akhirnya siap. Mungkin tertangguh sebab penjual sedang ada masalah. Nasib baik dia jujur

    ReplyDelete
  2. Atv pembakar semangat ke kebun hehe

    ReplyDelete