Kancil sangat selesa dipakai sebagai kereta basahan, berbanding kereta famili atau Kembara Kebun, Kancil basahan kita tak khuatir pakai dengan lasak, tak kesah jika badan berpeluh berjogging, boleh sumbat barang basah pasar, senang menyelit parking di masjid/surau..terlanggar lubang hati masih tenang, paling penting minyak jimat, rm 30 boleh tahan lebih seminggu...
4WD Kembara Kebun biarpun kecil tapi terasa berat dan kuat makan minyak.
Mentenen Kancil juga mesra poket, cuma bila kena baik pulih major, barulah berbelanja lebih.
Untuk mengekalkan keselesaan dan keterampilan, AC ditukar set baru..begitu juga dengan lampu utama, yang lama dah uzur kekuningan..Biarpun badan bersih berkilat, kereta tetap nampak buruk..Bila dah tukar lampu, penampilan lebih segar.. Wiper depan belakang, radiator dan gasket enjin turut ditukar kerana bocor yang serius...kerugian dalam RM1300.
Kereta tua geran ditangan sesekali kenalah berbelanja lebih...
No comments:
Post a Comment