Sihat adalah pinjam-pinjaman.. setelah hampir 6 bulan bebas dari sakit kaki, 23hb Sept terkena lagi serangan, nak kata gout doktor maklumkan tiada simptom gout yang biasanya sendi akan merah, panas dan bengkak ..sendi hanya sakit bila menapak.
Lokasi serangan ini di bahagian belakang atas tumit. Jalan terpaksa bertongkat. Selain ubat klinik kawasan sakit diperap dengan garam untuk meredakan keradangan.
Barangkali serangan ini ada kaitan dengan pemakanan yang silap. Selama ini kita beranggapan semua makanan sesuai untuk semua orang..walhal tidak sedemikian..Orang berdarah A tidak sama kesesuaiannya dengan orang yang berdarah B, AB maupun O. Penulis ada bertemu doktor yang 15 tahun berkhidmat di departmen darah . Beliau mempunyai data pemakanan dan kesesuaian menurut jenis darah pesakit. Penulis memiliki darah jenis O+
Menurut senarai makanan, ada beberapa makanan yang kurang sesuai dimakan oleh orang yang berdarah O+, antaranya kayu manis dan halba. Dan kebetulan sehari sebelum serangan memang penulis ada meminum campuran rebusan air halia, kayu manis, halba dan pandan.
Penulis juga pernah mengalami simptom teruk apabila meminum jus oren, jus epal dan kuah asam jawa...selain kandungan gula yang tinggi, kesemua makanan ini tidak sesuai untuk mereka yang berdarah O+
Bila sakit, aktiviti ke kebun terpaksa ditangguhkan. Apabila kaki berasa sedikit lega tak sabar menyinggah untuk sekadar menjenguk..
Sedih bila pokok pisang terkorek sehingga umbut, anak pokok ciku yang baru dipindahkan juga turut tercabut..mujur 2 anak pokok ciku lagi selamat.. Putik- putik ciku sebesar ibu jari, pokok tanaman terdahulu turut habis kena petik...Tak apalah..
Ketika ini adalah fasa membesarkan pokok..Pokok-pokok dapat hidup dan belajar berbuah kira sangat bagus dah...Fasa mengawal serangan haiwan apabila keseluruhan dusun mula berbuah nanti akan difikirkan kemudian.
Inilah dugaan berkebun..
Bertani banyak cabarannya
ReplyDeleteTeruslah cekal dan kental
InsyaAllah wak..
Delete