Kita pun kekadang hairan dengan makhluk perosak nih..dalam banyak banyak pokok, yang ditanam juga yang didengki..
Terbaru 2 pokok nangka remaja setinggi pinggang dicabut sehingga akar..pokok ini berpagar dengan tin biskut, tetap tidak selamat, daripada lebih 40 pokok nangka ditanam hanya tinggal 3 dewasa menanti berbuah, manakala 3 remaja masih berisiko dimusnahkan haiwan liar.
Selain nangka, 2 pokok durian ketinggian 5 kaki patah dahan..ini sah angkara monyet.
Alarm berfungsi, tapi kelemahan alarm solar, galak ketika siang, bila malam kehabisan bateri..
Harini membeli lagi 5 anak pokok nangka madu. Sepokok Rm20. Ambil kesempatan musim hujan menyulam pokok yang musnah. Sayang jika tanah dibiarkan kosong..
Pokok avocado yang dikawinkan sebahagian menjadi , sebahagian tidak..sedahan Rm10..kesian dengan sahabat ..hanya yang hidup berbayar, selagi tak jadi diulang- ulang kawin..
Pokok pisang dikebun tumpang..
Yang ini sah tiada gangguan haiwan liar..dapatlah merasa hasil
Betul lah saya pun geram dgn cik nyet tu. buah yang belum masak tak sempat di rasa dah jadi habuan dia. Last2 redho je dia pun nak makan juga. Nampak sangat kawasan dia dah takde makanan tu yang habis merayap tempat orang.
ReplyDelete