Saturday, April 19, 2025

Koh Lanta 2025..



Pogress bumbung pondok sangat perlahan.., rangka bumbung jika menggunakan kayu rasanya telah siap. Menggunakan rangka bumbung besi ringan, terpaksa bergantung dengan bateri driller, walaupun mempunyai 2 bateri sekejap benar bateri habis, hanya dapat pasang 2 baris baten.. adoii geram saja ingin membeli set driller baru..

Tak mengapalah, kerja disambung sesudah bermusafir ke negara jiran.




Pasport pun dah lama tak digunakan, rugi memperbahrui pasport setiap lima tahun bila banyak lagi helaian bersih tanpa di cop imigresen. 

3H2M kali ini ke Koh Lanta Thailand. Ziarah ulangan, pernah ke sini sekitar 2009 bermotor. Tiada apa pun yang begitu menarik di sini sekadar meronda-ronda menukar angin dan makan-makan. 


Ambil kesempatan majlis anak buah bernikah di Parit Buntar Perak, Sabtu 19hb, keesokan hari Ahad terus lajak ke negara jiran.
 


Berkereta berlima, sekadar meronda tidak terlalu jauh kerana anak bertugas semula Rabu. 4 orang lagi pra dan warga emas, boleh saja menyambung lebih jauh dan lama tapi entahlah tak tau ingin menuju ke mana. Jadi meronda santai saja. Lagipun selatan Thai bukan terlalu asing bagi kami, cuma bila berkenderaan sendiri ni boleh merayap ke destinasi yang orang Malaysia jarang berkunjung... 

1 comment: