Ini kali ke 3 bertandang untuk ke Puncak Bukit Larut, cubaan 2 kali terdahulu tak berjaya kerana aktiviti dipuncak masih tidak dibuka untuk orang awam kerana terdapat kerja-kerja baikpulih jalan/cerun ke puncak.
Pemergian kaliini juga nyaris gagal, bila terpandang notis, perkhidmatan 4x4 ke puncak masih belum beroperasi. Rupanya khidmat ulang alik balik hari yang belum dibuka namun tidak untuk mereka yang menginap di puncak.
Dah alang alang sampai maka kami memilih untuk menginap di puncak. Lupakan dulu aktiviti berkebun. Memilih bilik dengan 2 katil single Rm150 dan tambang rm80 untuk 2 orang pergi dan balik.
Berbanding hujung minggu yang penuh, hariini Rabu dikhabarkan hanya 4 orang tetamu menginap di puncak, kami menginap di Banglo Tempinis manakala 2 orang lagi di Banglo Angkasa.
Puncak yang masih baru dibuka semula sejak 1 April 2025 masih belum beroperasi sepenuhnya...Terdapat juga campsite
Sepanjang laluan ke puncak bermula pada ketinggian 600m terdapat beberapa banglo. Kini hanya 3 banglo yang telah dibaikpulih untuk penginapan orang awam, samada menginap bilik atau keseluruhan banglo pada harga berikut
Angkasa RM1000
Tempinis RM800
Beringin RM500
Kiosk informasi beserta surau di pintu masuk kaki bukit...
Perkhidmatan ulang alik hanya menggunakan 4wd dek kerana laluan berliku memacak, walaupun jarak menegak tidak lebih 1.5km, jarak mendaki lebih 15 km untuk ke lokasi paling puncak. Mulanya terasa mahal tambang rm40 seorang, terbit rasa bersalah berperasaan sebegitu bila merasai sendiri pengalaman pendakian yang sangat mencabar..rasa begitu lama untuk tiba ke destinasi..
Banglo Tempinis berada pada ketinggian 1160m dari aras laut, 1km lagi di atas terdapat banglo tinggal kerabat diraja Perak dan terpaling puncak pula menempatkan menara pemancar TM..
Banglo Beringin dan Angkasa berada pada ketinggian 1030m .
Pemandangan di tanah tinggi persekitaran Tempinis memang sangat cantik . Pemandangan bandar Taiping boleh dilihat dengan jelas. Cuaca begitu nyaman sekali.
Dikhabarkan binaan ini terbina sejak zaman British lagi dan kini dijadikan tapak warisan negara, dulunya merupakan kuaters pekerja. Penguasa British tinggal di puncak yang kini menempatkan menara pemancar TM
No comments:
Post a Comment