Friday, September 13, 2019

Rumah Tradisional Melayu...


Sabtu 14hb September 2019

Di rumah inilah penulis dilahirkan. Rumah kayu ni pun dah semakin uzur. Dulu  kakak yang mewarisi rumah ini bercadang untuk merombak rumah  dan dibuat baru di atas tanah. Mujur tidak semua setuju. Kini rumah sedang dibaikpulih dengan mengekalkan identiti  asal.

Ramai tidak menghargai rekabentuk rumah dahulu, padahal konsep rumah melayu sangat genius...Mereka terlebih dahulu menerapkan konsep binaan mesra alam yang kini cuba diketengahkan semula oleh pemikir- pemikir moden.




Konsep binaan melayu dulu sangat lestari dengan alam, berkongsi kehidupan dengan semua makhluk..

Angin bebas keluar masuk disegenap ruang menjadikan kediaman nyaman dengan sikit penggunaan tenaga. Aliran air tidak terhalang yang menyebabkan  kerosakan harta benda. Konsep bertiang memungkinkan hanya sebahagian tanah ditumpang, haiwan bebas berkongsi tempat sama...

Konsep ini jauh berbeza dengan binaan sekarang...Udara terhalang dengan binaan yang seolah  kedap udara, tanah ditarah semaksima untuk binaan lantai diatas tanah. Banjir mudah berlaku sebab binaan sering menghalang laluan air secara semula jadi. Makhluk lain memberontak sebab manusia begitu rakus membolot kawasan tanpa pertimbangan makhluk lain.


Konsep rumah berpanggung hanya dipelopori oleh orang melayu., tak kira  dimana.


Sahabat penulis merupakan pengkaji sejarah binaan rumah berpanggung dan kaitannya dengan bangsa Melayu, merentasi banyak negara. Menurut kajiannya, walau dibenua berbeza, bangsa ber DNA melayu, mudah dikenali dengan melihat binaan rumah mereka. Jika rumah mereka berpanggung, bermakna ada DNA melayu lah tu..




Beranda  diberi nafas baru.

Asalnya beranda ini berpanggung juga. Sejak  beranda ini diturunkan di atas tanah, ruangan ini seolah terbiar..


Apabila dikembalikan anjung berpanggung secara automatik ahli keluarga suka melepak  disitu. Berangin katanya.

Konsep rumah melayu dahulu, sebelum tetamu dijemput naik ke rumah ibu, tetamu akan di rai di anjung.. Mungkin falsafahnya untuk memberi kesempatan kepada ahli keluarga yang lain benar-benar bersedia menerima tetamu, dalam masa yang sama tetamu tidak dibiarkan diluar rumah. Bukahkah sangat halus konsep rumah melayu dulu.



Dengan menyediakan bumbung dipintu masuk, kasut-kasut taklah lencun ketika hujan.




Tangga yang masih belum siap sepenuhnya.

Akan dibina pemijak yang lebih lebar disamping menyediakan pemegang kiri dan kanan. Mudahlah untuk mereka yang uzur memanjat tangga.


Sangat berkenan dengan rekabentuk pemegang tangga menampilkan dinding berukir seperti ini..

Kepada pembaca yang masih mempunyai rumah pusaka, harap jangan diubah konsep asal. Kita pelihara warisan bangsa okšŸ¤—


2 comments:

  1. Dah semakin berkurangan rumah2 tradisional melayu sekarang

    ReplyDelete
  2. Yea betul wak, cuma dh ada minat dikalangan orang ramai menampilkan semula pembinaan rumah moden berkonsepkan rumah tradisional...

    ReplyDelete