Wednesday, June 26, 2024

Bmw GSA1200 sold...


Terjual dah motor kesayangan...Pembeli datang melihat dan mencuba menonggang terus berkenan...Biarpun semangat menaiki motor masih berbaki namun akur dengan kudrat sudah tidak segagah dulu. Tak boleh duduk terlalu lama atas motor, punggung akan sakit..daripada tersadai begitu saja biar orang lain memanfaatkan..






Sebagai hadiah jaket, boot dan helmet turut diberi kepada pembeli..untuk apa disimpan lagi .

Bila rindu nanti lihat saja gambar motor dalam diari..Fuh sayu juga..


Kita beralih mainan, kini bergelumang dengan tong sembur baja pula...boleh tahan padu semburan penyembur ini..Walaupun penyembur berkuasa bateri banyak dipasaran, kita lebih meminati yang manual untuk mengurangkan mentenen..lagipun bukan diguna selalu..tong manual berkapasiti 16 liter sudah memadai...

Hilang satu, datang satu...motor berpeleseran disambar orang kita sambar atv kebun pula...Sepatutnya minggu ini ATV kebun sampai..



Monday, June 24, 2024

Rekabentuk Rumah Kebun Mini..n

Walaupun hati masih berbolak balik, tapi lebih terarah meneruskan membina rumah kebun mini. Rumah mini akan dibina bersendirian dan membawa pembantu bila perlu... Tiada tempoh masa ditetapkan, supaya mutu kerja lebih kemas dan pengeluaran modal lebih mesra poket.

Rekabentuk mengekalkan rupa pondok sediada yang lebih sesuai dengan rupa mukabumi  hanya ditambah dengan ruangan tandas, dapor dan ruangan bawah rumah untuk ATV.

 Berbanding pondok kebun yang menggunakan kayu kebun, rangka rumah mini akan menggunakan kayu terpakai , lantai dan sebahagian dinding  menggunakan kepingan bersimen, blok bata ringan di tandas/ dapur .. Bilik akan berdinding/bertingkap cermin. Ruangan terbuka dibiarkan kosong. 

Penulis suka dengan konsep terbuka dan lapang..lebih lagi rumah terpencil jarang diduduki terasa seram bila bertutup rapat..




Dulu semasa membina pondok susah membawa masuk bahan, terpaksa berpikul, kini akses telah ada, rumah mini akan dibina lebih sempurna sesuai untuk beristirehat.





Bawah rumah disediakan tempat menyimpan ATV.


 





 
Rumah kebun akan diposisikan mengadap Banjaran Titiwangsa.

Memandang ke depan/kiri melihat pondok sediada


Ke depan/kanan Puncak Genting


Ke belakang/kiri ladang kolam ikan/udang


Belakang/kanan, puncak tertinggi kebun

Fuh nanti buka mata saja sudah dapat melihat pemadangan indah tanah tinggi selain matahari terbit disebalik banjaran titiwangsa...

Berangan itu percuma..

Saturday, June 22, 2024

Rumah Kebun...

Berdasarkan rekod mula membuat akses ke puncak pada hujung bulan 5, sekarang dah menghampiri bulan 6, akses baru separuh siap..ini pun belum diuji samada boleh didaki Kembara atau tak...sehari membina maksima 2-3 jam, itu pun berkongsi dengan aktiviti kebun lain ..sebelum 11 pagi dah berhenti sebab tak sanggup  berpanasan..





Akses terawal, Kembara hanya mampu mendaki pada ketinggian 5m pertama, jajaran terpaksa dipindahkan ke laluan lain kerana jajaran singkat asal banyak korekan terpaksa dibuat jika ingin mengekalkan jajaran itu, pindaan jajaran sedikit landai tapi tapi lebih jauh




Berbekalkan alatan cangkul, pongkis dan kereta sorong, sedikit demi sedikit akses dibina menuju puncak...tebing dicangkul manakala lereng- lereng dikambus untuk kelegaan dan keselamatan semasa mendaki..Jika laluan sempit bahaya untuk Kembara terperosok ke tebing.

Tiada tempoh waktu ditetapkan. Kalau nak senang sewa JCB, tapi tiada keperluan untuk disiapkan segera.. 



Tanah dipadatkan dengan melalukan Kembara berulang kali, sebab itu laluan perlu lebar dan  tidak boleh curam, supaya ada ruangan untuk kembara tidak tersangkut pada tanah kambusan tebing.





 Sisa buangan bahan binaan  akan digunakan untuk permukaan akses. Setiap kali datang membawa seguni dua, lama kelamaan banyak juga..







Pemandangan tanah tinggi yang superb....Sekiranya malam hujan, keesokan pagi akan terdapat lapisan awan karpet dikaki bukit..fuh terasa seperti duduk di kayangan..

Hati masih berbolak balik untuk membina rumah kebun di puncak ini...Hati berat ke arah  meneruskan membina tempat istirehat di puncak..


Puncak Genting jelas kelihatan..



Ladang ternakan ikan/udang di tepi Sungai Selangor juga kelihatan..

Tower telekomunikasi itu dulu telah bertandatangan perjanjian untuk didirikan di kebun penulis  namun tiada rezeki, tuan tanah   tidak memberi keizinan melalui akses tumpang beliau..melainkan tower dibina di tanahnya..Sebagai imbalbalas, palang akses tidak dikunci dan akses boleh dilalui sepanjang masa...Tak dapat semua, dapat sebahagian pun ok Alhamdulillah, setidaknya bila terdetik beristirehat di puncak boleh terus ke sana. 

Kita melepak di puncak sambil makan durian..Jom jom...!
 

Monday, June 17, 2024

Meriah Aidil Adha 2024...

Fuh, apa yang dijangkakan mimpi ngeri Alhamdulillah tidak menjadi kenyataan, pemeriksaan applikasi google map mendapati lebuhraya ke selatan adalah lancar. Kita yang dari Putrajaya sebelum itu menggunakan jalan lama memasuki semula Lebuhraya Plus di  Bukit Mahkota, Bangi.

12.30 bergerak, sebelum jam 2.30 dah sampai Yong Peng.





Meriah dengan adik beradik ipar duai anak saudara, cucu berkumpul di rumah pusaka mengembalikan nostalgia silam.
 


Bila ramai berkumpul kena pandai- pandai menyesuaikan diri. . Kita orang kebun tak apa,  kita tidur di beranda luar pun ok..Nyamuk..tiada masalah...ubat nyamuk jadi peneman..kipas camping pun memadai untuk kenyamanan..rumah kampung hanya panas seketika, apabila tengah malam mulalah mencari selimut..lagipun malam itu hujan gerimis.  Sejukk😁

Sunday, June 16, 2024

Salam Aidil Adha 2024..


Jalanraya dijangka jem teruk harini, sedangkan hujung minggu biasa pun sesak inikan lagi besok raya..Semalam jalan ke utara dan timur sudah mulai sesak. Lebuhraya dah tak mampu menampung pertambahan kenderaan, jika berlaku kemalangan kecil sekalipun pasti jem berkilometer.


Berkumpul dulu bersama anak cucu di Putrajaya sebelum sambung ke kampung . Giliran anak-anak beraya bersama mertua.











Hariini berkeputusan menggunakan jalan biasa saja. Lebih berbaloi biarpun lama tapi tanpa tol, masuk hiway seolah menghulur wang untuk menjerut leher dalam kesesakan...




Akan bernostalgia di rumah pusaka..bawa peralatan tidur masing- masing..Adik beradik lain telah sampai telah memilih spot strategik. Kita yang lambat dapat spot kurang strategik seperti jauh dari kipas ..


Kipas camping 2 unit dibawa sebagai alternatif..Rumah kampung panas hanya diawal malam..dua pertiga malam biasanya sejuk sehingga ke tulang..





Korban sekarang mudah...hanya ambil daging dari pusat penyembelihan..Nak tumbangkan lembu di kampung susah mengumpul team menyembelih dan melapah..Masing-masing bukan tinggal lagi di kampung..jadi serah di pusat penyembelihan pilihan terbaik.


Ready untuk rewang...Mengesop kita.

Gout...Alamak