click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, June 17, 2024

Meriah Aidil Adha 2024...

Fuh, apa yang dijangkakan mimpi ngeri Alhamdulillah tidak menjadi kenyataan, pemeriksaan applikasi google map mendapati lebuhraya ke selatan adalah lancar. Kita yang dari Putrajaya sebelum itu menggunakan jalan lama memasuki semula Lebuhraya Plus di  Bukit Mahkota, Bangi.

12.30 bergerak, sebelum jam 2.30 dah sampai Yong Peng.





Meriah dengan adik beradik ipar duai anak saudara, cucu berkumpul di rumah pusaka mengembalikan nostalgia silam.
 


Bila ramai berkumpul kena pandai- pandai menyesuaikan diri. . Kita orang kebun tak apa,  kita tidur di beranda luar pun ok..Nyamuk..tiada masalah...ubat nyamuk jadi peneman..kipas camping pun memadai untuk kenyamanan..rumah kampung hanya panas seketika, apabila tengah malam mulalah mencari selimut..lagipun malam itu hujan gerimis.  Sejukk😁

Sunday, June 16, 2024

Salam Aidil Adha 2024..


Jalanraya dijangka jem teruk harini, sedangkan hujung minggu biasa pun sesak inikan lagi besok raya..Semalam jalan ke utara dan timur sudah mulai sesak. Lebuhraya dah tak mampu menampung pertambahan kenderaan, jika berlaku kemalangan kecil sekalipun pasti jem berkilometer.


Berkumpul dulu bersama anak cucu di Putrajaya sebelum sambung ke kampung . Giliran anak-anak beraya bersama mertua.











Hariini berkeputusan menggunakan jalan biasa saja. Lebih berbaloi biarpun lama tapi tanpa tol, masuk hiway seolah menghulur wang untuk menjerut leher dalam kesesakan...




Akan bernostalgia di rumah pusaka..bawa peralatan tidur masing- masing..Adik beradik lain telah sampai telah memilih spot strategik. Kita yang lambat dapat spot kurang strategik seperti jauh dari kipas ..


Kipas camping 2 unit dibawa sebagai alternatif..Rumah kampung panas hanya diawal malam..dua pertiga malam biasanya sejuk sehingga ke tulang..





Korban sekarang mudah...hanya ambil daging dari pusat penyembelihan..Nak tumbangkan lembu di kampung susah mengumpul team menyembelih dan melapah..Masing-masing bukan tinggal lagi di kampung..jadi serah di pusat penyembelihan pilihan terbaik.


Ready untuk rewang...Mengesop kita.

Gout...Alamak

Friday, June 14, 2024

Displin Kebun...

Best ke kebun solo, seawal 7 pagi dah sampai kebun, sebelum bergerak dah bersarapan di rumah..Kalau membawa pembantu kena cari warong bersarapan lagi..banyak masa terbuang. Sampai kebun  terus boleh buat kerja sementara cuaca redup dan dingin . 



Sementara redup menggali dan mengambus akses baru ke puncak. Sehari sikit lama-lama siap juga.. Tayar tayar terpakai sebahagiannya telah dibawa masuk sebagai tembok penahan. Sebelum matahari  meninggi menyiapkan  baki memotong rumput kebun..dengan bilah mata besi, masa tak terbuang asyik menukar tali.



Bila bergerak solo, akan ke kebun 2 kali seminggu. Banyak penambaikan kebun boleh dilakukan ...supaya kerja- kerja pembersihan lebih pantas., teres di cerun curam akan dibina untuk memudahkan pergerakan..begitu juga dengan tangga-tangga tayar terpakai..tunggul kayu dan ranting kering perlu dilupus supaya tidak tertebas mata pisau..

Pokok pokok akan lebih dibelai, akan menyembur baja foliar selain racun kulat dan serangga..dah alang alang berkebun biar buat lebih sempurna..jeles melihat tanaman orang lain menjadi, sementara kita punya macam mau tak mau membesar...

Pokok pokok selingan pula akan diperbanyakan, rugi datang kerap jika hanya untuk membersih tanpa memanfaatkan  ruangan kosong dengan tanaman jangka pendek..


Penggunaan bilah  mata mesin rumput yang diubahsuai, serius mantap..zas zas zas sekejap jer akses tumpang ke kebun lapang kiri dan kanan. Bila akses lapang hati turut lapang.


Sebelum 11 pagi dah selesai dan boleh berehat  di pondok . Dengan bantuan kipas angin camping sekejap jer mata terlelap, nikmat yang sukar digambarkan..

Jom jom berkebun...

Thursday, June 13, 2024

Tikus dan Tupai...

Kena lagii...lanun terdahulu tumpas, datang lanun pengganti...Diperhatikan tikus suka menyelinap ke salur floor trap dibawah singki, bila keluar dibawa kotoran bersama. Comot kabinet yang telah dibersihkan berulang kali. 

Kalau tikus terdahulu terperangkap di bawah singki, yang ini pun sama.

Jemur di tengah panas supaya cepat mati..
 

Pokok jambu bol ini berputik lebat, tapi buah yang baru nak membesar kena makan dek tupai..ada seekor tupai yang sering bertandang ke halaman rumah...

Mungkinkah selincah licah tupai akan melekat juga...Tungguu.. 

Wednesday, June 12, 2024

Mata Mesin Rumput








Penggunan mata mesin ini lebih untuk tugasan semi berat, tugasan mentenen membersih kebun, pokok pokok renek seperti senduduk, paku pakis atau pokok menjalar berbatang agak liat, memerlukan mata lebih robust namun tiada keperluan menggunakan mata pisau saiz penuh yang sangat berat...

Apabila kebun lama ditinggal sungguh cepat pohon renek ini membesar, 
penggunaan tali sangat lambat kerana sering terputus. Kalau setakat rumput, keluasan kebun cukup menggunakan beberapa utas saja..kehadiran pokok pokok renek atau ranting kering sering mengganggu rentak menebas...Adakala tali yang dijangka cukup tetap tidak mencukupi dan terpaksa turun naik bukit ke pondok untuk tali baru. Kerja yang sepatutnya siap cepat mengambil masa lebih lama...tak sanggup berjemur lama ditengah panas..

Penggunaan tali sebenarnya lebih selesa jika tali cukup kuat kerana fleksibel dan ringan...atas sebab itu  mata mesin besi walaupun rigid diubah suai supaya lebih ringan,  tak perlu kuat memulas minyak , kerja-kerja menebas menjadi semakin lancar dan selesa..






Serius best..dah test di kebun tumpang zas ..zas ..zas..rumput tebal, pokok renek   sekali lalu terus terpotong..keluasan suku ekar tak sampai 45 minit... cuma tak best menggunakan mata besi bila tertebas tunggul..sampai terpusing pemegang...

Selain dari itu..Mantapp




Tuesday, June 11, 2024

Pisang Puncak d'Rasa...

Semalam Isnin bermulalah episod ke kebun secara solo.  Alhamdulillah tidak begitu  kesunyian. Kalau  rakan-rakan lain boleh bersendirian, kenapa tidak kita, sedangkan kebun orang lain ada yang lebih terpencil.
Bila bergerak solo kita tidak terikat dengan masa orang lain..seawal 7 pagi sudah boleh memulakan kerja...nak balik cepat ok..nak melepak lama pun boleh.

Apabila kebun lapang hati tidak begitu cuak kecuali di kawasan sempadan berjiran semak, bila pagar  dah dipasang nanti, hati akan lebih tenteram dan lebih berani bermalam di CamperKembara...  Tanpa pagar, perasaan itu turut akan lenyap lebih lagi bila Kembara Park telah disiapkan. Pada kedudukan itu  boleh meninjau keseluruhan  pemandangan  kebun dan kenderaan lalulalang di jalan utama, jadi perasan gementar secara automatik turut terhindar..


Kunjungan kedua sudah dapat membina akses ke puncak sebanyak ini...Inipun bersesekali menebas rumput kebun. Bila penat berehat, segar sambung lagi tak sedar jam sudah 1 tenghari..

Perlu membuat penyesuaian laluan, bukan sebab tiada cengkaman, tapi Kembara tidak cukup kuasa untuk mendaki cerun curam walaupun menggunakan gear 4wd paling rendah. Laluan terbaru berlembah sempit perlu ditambak sedikit  untuk mendapat lajak lebih mendatar...Tayar terpakai akan digunakan sebagai tembok penahan..cuma risiko laluan kedua ini setelah Kembara menuruni lembah namun tidak juga mampu mendaki laluan mendaki berikutnya, tiada tempat untuk membuat pusingan...




Demi mengelakkan risiko, mungkin meneruskan saja laluan yang telah dibuat namun  terpaksa melurus, menggali dan mengambus supaya laluan lebih landai. 

5,6 kali datang rasanya Kembara sudah boleh mendaki ke platform cadangan. Kalau pun siap lebih lama tak mengapa sebab tiada tempoh masa ditetapkan..Kita buat kerja secara santai..yang penting objektif tercapai.




 Percubaan menanam 5 Pokok pisang turut dibuat ..3 pokok pisang abu dan 2 pisang nangka...nak tunggu pagar siap ermm lama lagi..Harap pagar elektrik dapat disiapkan ketika pokok pisang mula berbuah nanti.. 


Jom jom berkebun...

Monday, June 10, 2024

BMW GSA1200...


Bulan Ogos ni genap setahun motor berselimut, langsung tak dihidupkan enjin sehingga bateri pun  dah kong. Dah tak teruja membawa motor.., faktor usia barangkali, semangat masih berbaki tapi kudrat tak berapa mengizinkan. Sakit punggong bila terlalu lama duduk di atas motor, tambahan kena penyakit gout ermm terus semangat memudar.

Setelah lama diiklankan untuk dijual, ada pembeli menunjukkan minat., kita pun persiapkan dulu motor supaya bila datang  merisik nanti terus berkenan untuk membeli. Bateri ditukar baru, begitu juga minyak enjin dan filter..Mana-mana kerosakan dibaiki. Walaupun enjin lama tak dihidupkan, apabila ditukar bateri, pulas starter  terus enjin mengaum.
Motor ini sepanjang penggunaan tidak memberi sebarang masalah..


Ikutkan sayang memang sayang..motor ini lah cinta pandang pertama. Mula berjinak dengan motor sekitar 2009 sangat berkenan dengan model ini, tapi motor ini berat dan tinggi, tak sesuai untuk mereka yang baru berjinak jinak dengan motor besar, pendamkan hasrat, .Setelah berpengalaman hampir 5 tahun bermain motor kembali mendapatkan model yang didamkan.





 Walaupun model baru telah beberapakali diperkenalkan dipasaran..model tahun pembuatan 2011 ini juga tetap dihati..rekabentuk lebih seimbang dan garang serta mampu bertahan lama...

Berbanding model baru, penjagaan juga lebih murah kerana model ini sudah menerima pebagai penambahbaikan  dan terbukti lasak.

Tengoklah bagaimana respond bakal pembeli nanti, terjual ok..tak jadi pun tak mengapa..sekarang sedang membina semangat untuk memulakan bermotor lagi walaupun tak mungkin  seaktif dulu...Gout pun sudah semakin sembuh...yahoo.

Sunday, June 9, 2024

Udang Galah Endau Rompin..



Kembali ke KL melalui jalan pesisir pantai Mersing-Endau -Rompin diteruskan  ke Muadzam Shah-Serting -Kuala Pilah-Senawang. Bermalam di Senawang sebelum sambung ke Rawang.

Setelah meronda pesisir pantai timur selatan tanah air, didapati banyak camping site persendirian maupun awam ataupun resort- resort berskala sederhana. Pertama kali singgah di Pantai Air Papan, Teluk Gorek, Tanjung Pemanggil dll. Kunjungan terdahulu di Desaru, Sedili juga meriah.

Tapak-tapak ini dipenuhi dengan pengunjung setiap kali hujung minggu dan cuti umum sehinggakan perlu membuat tempahan awal. Kini budaya bercampervan pula sedang mula meningkat naik. Aktiviti yang bagus memupuk semangat kekeluargaan dikalangan masyarakat.

Memasuki Endau  disajikan dengan papantanda jualan udang galah. Dikhabarkan disepanjang Endau Rompin terdapat banyak kolam penternakan udang.. Mereka yang kaki pancing sering  berkunjung ke Sg Rompin untuk melepaskan gian memancing udang. Ada rakan sejauh Melaka sanggup datang ke sini semata-mata untuk memancing..giler.. Barangkali disini lubuk udang galah..

Di persimpangan Muazam/Kuantan di sini adalah port makan- makan  udang galah..Melihat kepada stiker yang ditampal di gerai-gerai, banyak kelab permotoran  sering ke sini. Seram  juga melihat senarai harga..Pilihan makanan lain pun banyak.

Melihat perkembangan terkini , pemerintah perlu  memberi tumpuan agihan ekonomi ke sebelah timur. Asyik sebelah barat yang mendapat peruntukan besar pembangunan. Banyak potensi ekonomi boleh diteroka sekiranya jaringan jalan di naik taraf..Lebuhraya persisir pantai wajar dibina dari Pengerang-Mersing-Rompin-Pekan dan dihubungkan ke LPT di Kuantan. 

Kalau jaringan jalan cantik..nak meronda pun senang...

Jomlah meronda...



Saturday, June 8, 2024

Pulau Besar- Last Episode

Walaupun nama Pulau Besar tapi saiz kependudukan tidak besar..Besar juga bukan merujuk kepada saiz pulau.. 
Asalnya mungkin terdapat banyak koloni babi bersaiz besar, demi enak didengar, perkataan babi ditiadakan. 

Kawasan berpenghuni tertumpu di bahagian yang berdepan dengan tanah semenanjung. Disebalik pulau mungkin bertebing curam tidak berpantai tidak sesuai untuk penempatan.

Berpeluang meninjau dengan berbasikal sewa kawasan berpenghuni dari hujung ke hujung. Bermula dari Bayu Lestari Resort. Basikal sewa Rm5 sejam. Boleh juga menyewa buggy elektrik.... Rm50 sejam


Resort ini dengan kedudukan yang lebih terpencil menggunakan genset sebagai sumber tenaga..air pula menggunakan air bawah tanah...Di bahagian yang lain  kedapatan tiang dan kabel elektrik TNB cuma tak pasti dari mana sumber janakuasa.



 

Sebahagian chalet Bayu Lestari Resort..


 

Bersebelahan paling hujung Bayu Resort terdapat pengusaha kecilan chalet   diperingkat akhir pembukaan. Semakin bertambah pemain industri, pilihan pengunjung turut bertambah, harga percutian pulau diharap dapat diturunkan.



Pusat kitar semula  diusahakan oleh NGO untuk menjamin kelestarian pulau.. semua sampah dikitar semula.. sisa makanan resort dihimpunkan dan dijadikan baja organik. Semasa kami di sana sukarelawan guru- guru seluruh Johor mengutip sampah sarap plastik di seluruh kawasan berpenghuni. 




Rupa seperti kelawar, tapi ada yang kata itu adalah spesis Kluang..





Setelah meninjau seluruh kawasan berpenghuni terdapat 5 resort utama..

1.Bayu Lestari

2. Mirage

3. Alun alun

4. Aseanea

5. d'Coconut





Penghujung kawasan berpenghuni terdapat pusat penetasan penyu..



Senarai kampung-kampung di pulau..Khabarnya ramai penghuni meninggalkan pulau ketika PKP dulu.


Villa terbengkalai bersebelahan jeti utama ke Pulau Besar.




Terdapat juga Masjid 



 

Hari kedua meninggalkan pulau. 2H1M paling ideal berkunjung ke pulau ini, lama sangat tak tau nak buat apa di sana..

Bercadang berkunjung lagi ke pulau pulau lain dimasa akan datang..Berdasarkan senarai, terdapat 9 pulau menarik di perairan Mersing yang wajar dikunjungi, manakala menurut penduduk tempatan Pulau Rawa dan Pulau Tengah adalah pulau wajib dikunjungi. 

Apa lagi..Jomlah



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK