click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label Kembara Seoul 2010. Show all posts
Showing posts with label Kembara Seoul 2010. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Kembara Seoul part 6-Penghujung lawatan

Di stadium Seoul..



Kalah besar pun boleh jadi kebanggaan..gimik dia., itu dulu..!


Aku nak rangkumkan catatan kembara hari ke 6 dan lanjutan masa hari ke 7.

Ok, hari ke 6 kami dibawa ke Stadium Seoul, stadium yang digunakan semasa perlawanan bolasepak piala dunia 2002 dulu. Bahagian dalam stadium ditempatkan mini muzium menceritakan sejarah perkembangan bolasepak Korea Selatan. Juga terdapat kedai cenderahati. Apa yang aku nak ulas disini adalah betapa orang lain akan mengeksploit apa saja yang dimiliki untuk dijadikan tarikan pelancong. Diperkarangan stadium berbas-bas pelancong dibawa melawat., padahal menurut kacamata aku stadium tu taklah sehebat Stadium Bukit Jalil ataupun Stadium Shah Alam ..Kedua-dua stadium ini berkapasiti 100,000 penonton berbanding Stadium Seoul 65000 orang. Begitu juga di Beijing perkampongan stadium olimpik dijadikan tempat lawatan wajib kepada pelancong. Kita memiliki perkampungan stadium sukan Commenwealth, gah sungguh stadium-stadium disini., tapi tengoklah apa jadi dengan stadium kita..persekitaran terbiar dan tidak terurus..Surat khabar dah pun melapurkan perihal stadium yang tak terurus baru-baru ini dan aku harap ada tindakan susulan dibuat oleh pihak berkenaan..Mentaliti kelas ke 3 masih membelengu kita...masyarakat masih bersikap pengotor dan tidak menghargai apa yang dimiliki...



Anak aku paling kecik darjah 6 ni lah yang bersungguh benor ajak pergi Korea...sebab dia kaki drama korea..



Di Restoran Korea..masuk je bau kimchi menyesakkan hidung ..



pergh bau kimchi...



Lawatan seterusnya dibawa membeli belah dan dibawa makan tengahari di restoran korea. Aku pun nak mengulas pasal makanan jugak...semua peserta dalam bas kami menjerit maukan Kimchi bila disebut mahu dibawa ke restoran korea, bahkan ada teman-teman di Malaysia yang meminta dibelikan kimchi...Tau tak kimchi ni apa..? sebenarnya kobis yang diperam.. bau dia pun kurang menyenangkan...tapi disebabkan gimik dan promosi di drama-drama korea makanan tu boleh disukai..tak taulah samada betul-betul suka atau memang tak pernah rasa...

Elok rasanya kalau drama-drama kita turut mempromosi budu, cencaluk, tempe dsb tentu digilai diseluruh dunia...kita perlu belajar menghargai apa yang kita ada..

Selepas makan sambung semula shopping. eh.eh..window shopping




Rosak...flight delay...rosak di bawah ok, kena rosak masa penerbangan lagi naya..





Di Airport Incheon Seoul pun ada ruang solat, tapi kenapa masih ada yang liat solat..



Mangga 2 Jakarta lagi...


Hari ke 6 balik ke Malaysia tapi kapal terbang mengalami masalah teknikal. Flight delay dari 10 pagi sehingga 5 ptg. , sampai di jakarta jam 12 malam dan dibawa ke hotel transit.Penerbangan berikut hari ke 7 adalah pukul 5 ptg keesokan harinya., sementara tunggu flight shopping lagi...window shopping je..ha ha..


Selamat tiba di KLIA. Canggih jugak idea tampal iklan di pelantar bagasi..




Oklah setakat ini catatan aku ...Kalau diberi kesihatan , rezeki dan kelapangan waktu ingin aku berkembara lagi..he.. he.

Friday, January 7, 2011

Kembara Seoul Part 5- Everland Themepark


















he.he sama ke...ni le anak ke 4 aku belajar di MRSM Besut, Tingkatan 2..






Pergi ke Everland Theme Park aku rasa tak mau nak ulas panjang, sebab taman tema seperti ini di malaysia dan lain-lain tempat pun banyak..yang membezakan hanya sausana dan cuaca...Acara -acara mencabar seperti roller coaster dan Ferry wheel pun dibatalkan haritu sebab cuaca -20 deg. Kami lebih banyak menghabiskan masa didalam bangunan selain melawat taman zoo mini indoor..lawatan bermula dari 12tgh hari -4 ptg. Kalau mood baik keseronokan boleh dirasai dimana-mana itu saja.

Balik dari Everland Themepark terus dibawa ke shopping complex...argh bagi aku memang aku tak berapa gemar...kat Indon pergi shopping complex..kat Korea pun di bawak ke shopping complex...tak banyak beza seperti shopping complex di malaysia..barang mahal pulak tu...bila belek-belek harga..lebik baik beli di malaysia..aku teman anak beranak jelah pusing-pusing dalam bangunan..lagi pun di luar sejuk gilaa..




Idea tercetus oleh Dato Bandar Seoul. Sungai dinaik taraf 4 tahun yang sudah..Sungguh popular dato bandar tu sehingga menang dalam pemilihan Presiden Korea., baru-baru ni dia kan melawat malaysia..


Dalam perjalanan balik ke hotel dan makan malam kami dibawa singgah ke lokasi wajib pelancong...anak sungai yang dinaik taraf...! Sepanjang sungai 13km diindahkan dan kini menjadi tarikan pelancong luar dan dalam...Sungai sebelum ini adalah tumpuan buangan sisa bengkel-bengkel kereta dan macam-macam lagi sisa kumbahan lain..Macam Sungai Juru Malaysia barangkali..tapi kini indah dan airnya tersangat jernih..Banyak program dianjurkan disini, masa kami datang konsert ambang Krismas dan tahun baru sedang giat disediakan..Memang bila melawat negara orang, hati kecik aku selalu tak terlepas membandingkan apa yang aku lihat berbanding dengan apa yang kita ada di Malaysia...Kita memiliki keindahan yang lebih hebat tapi sayang kita masih belum pandai menghargainya..hati aku sangat pedih bila tengok orang sesuka hati menjahanamkan keindahan yang kita miliki...

Kami diberi masa 15 minit untuk bergambar dan ramai yang tak turun dari bas kerana tersangat sejuk diluar..Lepas ini singgah di Foreign Restaurant dan balik semula ke hotel..,




Esok melawat Stadium Piala Dunia 2002 dan shopping lagi...

Wednesday, January 5, 2011

Kembara Seoul -Part 4 Vivaldi Ski Resort




Dah berlumba dah sapa paling laju...budak-budak cepat je belajar ...



Kena tunggu giliran..alat ski ada dengan wa...he he..tapi takpa mood baik baru sekejap tadi kawan sms PMR 8a..


haa. beza antara salji betul dan tiruan..yang tiruan tak boleh kepal buat bola salji perooi...
Dah 12 pagi pun tak puas-puas lagii..








Keletihan anak bujang wa..







Antara anak-anak rakan yang sama group dengan kami..

ha..ha berani ambik gambar sebelah peralatan ski saja...baru tengok peralatan pun dah jatuh dua kali...






Bangun..jatuh..bangun ..jatuh...dapat bangun jap untuk ambik gambarr..ha.ha



Pilihan di tangan anda..sapa yang terer ambik le trek sebelah kiri..kalau tak terer ambik le yang mendatar sebelah kanan..
Sorry aaa sapa lalu depan wa, wa langgar...160km/jam beb...he he tapi bukan wa tapi peserta olimpik musim sejuk ...


22hb Dec 2010 selepas nami Island..Sebelah petang..

Destinasi berikutnya adalan Vivaldi Resort..pusat pelancongan berski terbesar di Korea...Dari kejauhan dah nampak keputihan salji melitupi tanah tinggi di kawasan resort. Pelik jugak aku sebab sepanjang perjalanan tu adalah sedikit tompokan keputihan salji meliputi bukit-bukit..Tapi macamana di resort tu penuh salji...Bila aku tanya pemandu pelancong korea kami, Laa.... iku ingatkan salji betul, rupanya salji tiruan...Kat Bukit Cherakah Shah Alam Malaysia dulu pun ada..Yang aku bayangkan mesti kawasan bersalji macam di kawasan tanah tinggi negara sejuk lain sehinggakan kereta pun boleh tertimbus dek salji tebal..Kos buat salji disini murah sikit kot berbanding di Dubai...sebab persekitaran di sini memang dah tersedia sejukk...



Kami tinggal di apartmen 2 bilik. Dikhabarkan sewa semalaman diwaktu puncak sempena cuti umum krismas adalah Usd360. Tiada katil dan hanya tuala kecil disediakan..Stail korea..kata jurupandu kami. Peralatan ski pun mahal USD40 satu set. Takut kempunan kami sewa 4 set untuk anak-anak..tapi aku boleh tumpang sekaki anak bujang aku punya..bini aku?..ha ha dia jadi jurugambar..


Jelas rerpancar kejakunan kami... almaklumlah pengunjung dari negara khatulistiwa, mana pernah main ski...Masa aku belajar dulu pun tak pernah jumpa salji...apatah lagi main ski..salji tiruan pun tiruanlah. aku pendam dulu keinginan yang membuak-buak untuk berski dan biarkan anak-anak aku puas bermain...tapi tak lama pun, set itu dah ada kat aku..ha,ha.. kami main ganti-gantilah..tak sorang-sorang aku rempuh...iyalah sebelum ni naik kereta, motor, basikal semua ada stereng dan brek, naik ski cuma ada brek mulut je mana makann..Dari 4 petang hingga 12 malam kami bermain ski. Bibir anak-anak aku sampai pecah kesejukan...Keesokkan pagi sambung lagi dari pukul 8-10 pagi..Aku dan anak perempuan aku je yang sambung bermain, anak bujang aku dah puas, malas nak pergi, mula-mula tu ikut kami tapi balik semula sambung tidur di bilik...


Ikuti sambungan kembara di Everland Themepark dalam post berikutnya ok..

Sunday, January 2, 2011

Kembara Seoul Part 3-Nami Island

Lawatan berikut pada 22hb Dec sebelah pagi adalah Nami Island, pulau terbentuk bila empangan dibina di kawasan ini..Pulau hanya sebesar 400m2 . Dengan kedudukannya ditanah tinggi dan cuaca sejuk , baki salji turun 3 hari sebelumnya pun masih ada. Sebahgian tasik masih beku dan kami boleh berjalan melaluinya. Di pulau inilah pengambaran Winter Sonata dibuat..bab cerita korea ni aku tak tau dan aku tak minaat..tapi bagi yang minat memang jelas terpancar keseronokan...Ramai betul pengunjung hinggakan setiap feri yang berulang alik penuh sesak dengan orangramai..






Menuju ke Nami island...bendera Malaysia berkibar megah..

Pemandangan gambar salji yang cipuut je...yang lain dah cair laa..




Wa dan bini wa..saja ambik gambar dari jauh...biar bini wa nampak kurus sikit ha.. ha..













Anak bujang aku...masa ni belum tahu keputusan PMR lagi...PMR kan 23hb., masa ni baru 22hb...







Tasik pun masih beku...jangan terjerlus sudah..











Ni le baki salji yang turun 3 hari sebelumnya.. Posing pun cari tempat salji masih belum cair...





Bilik hotel 150000 won...! Bila bawa duit ratus-ratus ribu ni terasa kayanya aku ..he he..





Jagong halaal....tapi rasa macam pulut pun ada..melekit -lekit la..








Di pulau inilah penggambaran winter sonata. bagi yang kaki drama korea mesti tau...aku?..tak tau..





Aku sentiasa bertopeng muka..ha ha ..berguna jugak topeng motor akuu..sejuk beb terutamanya telinga dan hidung...kaki ok lagi sebab aku pakai 2 lapis setokin tebal dengan boot motor jugak...Elok bawa jaket dan topi keledar, mesti lagi nyamaan.






Berunggun..sejuuk...harini -16 celcius . Berjumpa satu pasangan Malaysia Kapten(B) Lee di sini dari group lain, dia cakap package dia tak sampai 2k sorang..eik apasal kami punya lebih dari 3k sorang... Tapi kawan aku yang baru balik sebelum ini pakage dia lebih 4k sorang pergh..lagi mahaal... Mungkin yang murah guna pakage biasa manakala kami guna Muslim tour...Nak cari tempat makanan halal kan jauh...



div>
haa petang nanti kami akan ke Vivaldi Resort untuk bermain ski, tungguu...

Friday, December 31, 2010

Kembara Seoul Part 2 -Seoul Tower n Masjid Seoul


Bersama Pemandu pelancong Pn Maznah dari CS Holidays-kanan. Bila sejuk semua makin mengembang..ha ha..



Berlatarbelakangkan Bandaraya Seoul dari puncak bukit di Seoul Tower. Tak dapat ambil gambar banyak sebab sejuuk..berkejar nak duduk dalam bas..ha ha..




Kalau korang perasan kebanyakkan negara mesti ada tower macam ni...Kat kedah Malaysia pun ada kann..?




Antara deretan kedai muslim di Ittewon St. Kawasan di sini terdapat banyak kedai muslim yang diusahakan oleh imigran Indian subcontinent...Kena berterima kasih kepada orang islam dari India,Pakistan, Bangladesh...Dimana-mana negara mesti ada mereka...Europe, Afrika, Tanah Arab dll..di Malaysia...he.he jangan cerita la...Yang dah sambar awek Malaysia pun ramai..



Satu-satunya masjid di Seoul...dan yang pasti akan berkembang. Ramai jamaah berkumpul didalam masjid, disamping pelawat asing dan penduduk tempatan...




Disinilah kami makan 2000 won secara buffet., lebihkurang 60 ringgit le...tapi makanan dia kena dengan selera aku...Kari kambing dia pergh....



22hb Dec Selepas makan tengahari di Foreign Restoran...



Kami di bawa ke hotel penginapan M hotel, berdasarkan brosur caj semalaman adalah 150000 Won, mahal..lebih kurang 450 duit Malaysia., kalau di Malaysia aku ingat lebih-lebih pun RM 250 tapi bilik dibekalkan dengan komputer dan internet. Check in dan berehat sambil layan internet, mula-mula tu merangkak-rangkak sebab bahasa guna bahasa korea, nak dapatkan yang english punya hantam jelah..dah tu tak dapat mengadap lama-lama sebab masing masing anak beranak berebut nak guna komputer.. nak tidor pun tak sempat..

Keluar semula pukul lima untuk ke Seoul Tower. Macam KL Tower jugak. Musim sejuk 5.30 dah gelap dan sangat sejuk. Kedudukan tower diatas puncak bukit jadi dapat melihat Bandaraya Seoul diwaktu malam dengan jelas...dalam sejam lebih lawatan sebelum menenuju ke Restoran Maharaja, makanan Pakistan., restoran pun penuh dengan pengunjung Malaysia.. laa ramai rupanya orang Malaysia melancong keluar negara..barangkali akan jumpa ramai lagi sebab ramai yang batalkan trip kerana ketegangan Korea Selatan dan Korea Utara..makanan tak sesedap di Foreign Restoran, tapi bila sejuk ni perut rasa lapar memanjang...
Sebelum naik bas singgah lagi beli kebab dekat kiosk Arab Mesir.. lapar beb..dia cakap dah lima tahun duduk di Seoul sebab kahwin dengan awek korea..Memang sepanjang jalan ni banyak restoran arab, tapi yang tak syok walau pun ada tulisan halal tapi diorang jual minuman berakohol jugak..Restoran yang kami kunjungi hanya 1 daripada 3 yang tak jual arak ...

Balik hotel anak beranak aku lain layan internet lagi laa tapi aku terus membuta, mengalah kat diorang he.he..

Esok pagi kami nak ke Nami Island...Petang...Vivaldi Ski resort...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK