click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label Ronda Riau 2019. Show all posts
Showing posts with label Ronda Riau 2019. Show all posts

Friday, December 20, 2019

Ronda Pulau Batam 2019

Bagi penulis dapat menjejakkan kaki ke satu satu destinasi,  walaupun tidak lama sudah cukup memberi kepuasan...Dari situ sudah boleh menilai secara umum keadaan sosiobudaya setempat.

Bila rakan mengajak berpindah ke Batam tanpa melengkapkan lawatan  ke Pulau Peyengat, bagi penulis itu ok saja. Pulau Penyengat, Bentan  yang berjarak dalam 2km boleh dilihat dari Tg Pinang., suasana yang tidak banyak beza dari Tg Pinang itu sendiri.

Istimewanya dengan Pulau Penyengat ini, ianya pernah cuba dinobatkan sebagai calon Tapak Warisan Dunia Unesco disebabkan kaya dengan peninggalan sejarah . Di sini terdapat tinggalan istana lama, makam makam raja, makam pahlawan hebat Raja Ali Haji yang  kuat menentang penjajah Belanda, kubu kubu pertahanan juga Masjid Raya Sultan Riau yang dikatakan dibina menggunakan adunan bahan binaan putih telur. Disini juga terdapat naskah Al Quran tulisan tangan yang dipercayai ditulis sejak kurun ke 18 lagi.


Setelah membeli sedikit ole ole Bintan, terus beredar ke jeti untuk ke Pulau Batam.

Tak perlu risau dengan feri ke Batam, trip setiap setengah jam. Tiket perlu dibeli dikaunter tiket. Semasa merancang trip ini puas mencari jualan tiket dalam talian untuk laluan Tg Pinang -Batam, memang tiada dijual..

Sekitar tenghari tiba di jeti domestik Punggor, pelayaran dalam sejam. Untuk ke hotel di Pusat bandar Batam jauh juga, menaiki teksi caj bayaran 80ribu.






Menginap di  Hotel HarmoniOne ditempah  secara dalam talian, caj satu malam dalam 400 ribu, jika 'walk in' caj dalam 700 ribu.

Di Batam terdapat banyak jeti, jika menempah tiket diatas talian perlu menyelidik kedudukan dahulu,  jika tidak, bersedialah berlabuh ditempat yang jauh dari hotel ataupun jauh dari pusat komersil. Hotel yang kami duduki berada di pusat pentadbiran Batam, sedangkan  pusat komersil yang meriah berada dibandar lain. Untuk kembali ke tanah air perlu menaiki feri di jeti yang terdapat berhampiran dengan pusat komersil pula.




Di Batam hanya satu malam. Malam itu sekadar meronda dipusat membeli belah.

Batam merupakan antara bandar besar di Indonesia. Bandarnya agak moden, begitu juga dengan prasarana. Bangunan bangunan tinggi moden mula kelihatan disana sini cuma aspek kekemasan persekitaran masih agak kurang.




19hb Khamis, seawal 9 pagi kami telah menaiki feri untuk kembali  ke tanahair.











Wednesday, December 18, 2019

Ronda Pulau Bintan D2..


Selasa 17 Disember 2017

T.Pinang adalah ibukota Kepulauan Riau, bandarnya besar, sausana tak banyak beza dengan bandar bandar Malaysia, kecuali agak kurang tersusun, dan tiada bangunan bangunan tinggi.  Kenderaan popular sebagaimana tempat lain Indonesia adalah Toyota Inova dan Avanza.  Jenama Suzuki  banyak juga.

Selasa pagi sesudah sarapan terus memulakan misi meronda pulau.










Singgahan pertama adalah ke kuburan pembesar dahulu.



 Sambil sambil tu berhenti bergambar disepanjang laluan bila melihat pelancong pelancong   bergambar di lokasi yang dikatakan menarik. Pelancong China ramai melawat Bintan.



Semenjak kerajaan Indonesia mengecualikan visa terhadap pelancong China, banyak resort resort dibina untuk menampung permintaan yang semakin bertambah..Cuma agak mengecewakan pelabor pelabor China langsung tidak menghormati budaya setempat..Paling ketara mereka lebih mengutamakan  tulisan cina berbanding tulisan bahasa Indonesia. 



Puas juga meronda mengelilingi pulau...Rancangan untuk mengelilingi keseluruhan pulau tidak kesampaian. Besar rupanya Pulau Bentan ini, 2 kali saiz Singapura.

Sesudah Pantai Trikora di timur, beredar ke
bahagian barat melalui kaki gunung Gunung Bentan menuju ke Tasik Biru dan Gurun Telaga Bintan..






Melawat Bentan untuk tengok tengok tempat baru ok...Tapi kalau datang untuk  melihat tempat cantik, itu bergantung kepada penilaian masing masing.

Kekadang rating diinternet terlalu berlebih lebihan sehingga menjadi indah khabar dari rupa. Gurun Telaga Bintan umpamanya adalah lombong tinggalan yang operasinya dulu dihentikan oleh pemerintah. . Pasir pasir lombong terbiar dipromosi sebagai suasana  digurun. Berbas bas pelancong datang melewat disebabkan keterujaan ingin mengetahui gurun yang dimaksudkan.

Mengingatkan penulis dengan lawatan Lombok dimana Banglow terbengkalai dipromosikan sebagai Villa Hantu. Berduyun duyun pengunjung datang ingin melihat villa tersebut.



Mujur bukan keindahan semata, yang penulis cari.

Yang mengujakan penulis dengan lawatan ini apabila kita cuba  mengaitkan dengan sejarah hubungan antara Bentan dengan Johor.  Laksamana Bentan yang menikam  sultan  dalam kesah Sultan Mahmud mangkat dijulang, berasal dari sini.

Melopong mendengar bila dikhabarkan bahwa orang Bentan akan muntah berdarah jika melawat Kota Tinggi sehingga tujuh keturunan, akibat sumpahan sultan ketika dibunuh.

Hang Tuah juga didakwa berasal dari Bentan...Kuburnya di didakwa berada di Gunung Bentan. Cerita cerita hikayat sebegini menambahkan minat untuk mengetahui kesan-kesan peninggalan sejarah selanjutnya .

 Anak anak seronok berkubang, walaupun sedar tandas tidak  jauh dari tempat bermandi manda..Alah bisa tegal biasa.






 Keenakan masakan makanan laut dengan harga yang murah memang penulis akui. Rakan rakan seangkatan turut bersetuju.   Ikan, sotong ketam dll SEKALI MATI yang membawa maksud  makanan laut yang  disediakan segar dari sangkar.





Menamatkan lawatan ke pusat pentadbiran Bentan di Dompok.

Keesokan hari kami bertolak ke Batam...19hb Khamis bakal kembali ke tanahair.

Tuesday, December 17, 2019

Ronda Pulau Bentan D1...


16hb Disember 2019

Bertolak 5pagi, setelah mengambil rakan 3 orang, solat di Petronas Sg Besi dan berhenti sarapan di RnR Pagoh dalam jam 8pg..Tiba di Terminal Feri Stulang Laut dalam pukul 10pg .

Urusan tiket dan imegresen ditingkat 2 bangunan zon bebas cukai sangat mudah. 



Kenderaan letak di kawasan parkir bertingkat, di zon bebas cukai..sehari rm3. Jika letak diparkir terbuka dihadapan zon bebas cukai dikenakan caj 15 sehari.

Pukul 1ptg menaiki feri. Penumpang hampir memenuhi kapasiti 98 org. Keadaan feri bersih, Tak sebagaimana feri  yang penulis pernah naiki sebelum-sebelum ini, tandas feri juga sangat bersih.
 Tiket 98 sehala, tidak termasuk cukai pelepasan rm21


 Yang tak best kafe tiada. sepatutnya kafe disediakan untuk makan makan atau minum mengelakkan kebosanan meredah lautan  hampir 4 jam.


Tiba di jeti Tg Pinang terus berunding dengan pengusaha kereta sewa bebas yang  banyak terdapat di kawasan jeti...Harga  pengusaha bebas pastinya lebih murah berbanding pengusaha syarikat. Sewaan berserta pemandu 3H2M sekadar sejuta rupiah.


Sebelah malam berurut refleksologi  kaki setelah seharian bermusafir.  Bisnes yang  bagus, pengunjung tidak putus putus datang, samada persendirian maupun pasangan.


Meronda di pulau, tidak sah jika tidak menikmati makanan laut...

Esok akan memulakan ronda-ronda Pulau Bentan.

Friday, December 13, 2019

Ronda Pulau Bentan dan Pulau Batam...


Jumaat 13hb Disember 2019

Bermula dengan ronda ronda ketika cuti raya Aidil Adha ke Pulau Kukup bulan Ogos 2019, terpandang destinasi Pulau Karimun di Jeti Kukup,  tengok- tengok di Utube mendapati Pulau Karimun   merupakan sebahagian dari pulau pulau yang  terdapat di gugusan Kepulauan Riau. Bermula dari situ menerbitkan minat untuk meronda ke kepulauan Riau.

Isnin 16hb Disember 2019, penulis bersama 3  rakan akan meronda ke Pulau Bentan dan sesudah itu 20hb Disember menyinggah di Batam semasa dalam perjalanan balik ke semenanjung.

Terdapat banyak sangat pulau pulau di Kepulauan Riau ini, dapat meronda di pulau-pulau utama sudah memadai. Selain tiga pulau disebut di atas,  Pulau Natuna dan Pulau Lingga seolah sudah memangil-manggil untuk datang ke sana.


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang juga.

Pantun di atas sangat popular, rupanya Gunung Daik dan Pulau Pandan sememangnya wujud. Gunung Daik berada di Pulau Lingga. Hasil bacaan mendapati Pulau Lingga pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Johor- Riau. Bahasa tuturan disana masih asli melayu.

Gugusan Kepulauan Riau dikurun ke 18 dibawah jajahan kerajaan Johor Riau..Akibat perebutan kuasa antara putera sulong dan putera bongsu, wilayah terbagi dua. Putera bongsu memilih bernaung dibawah kerajaan Belanda diselatan manakala dibahagian utara si putera sulong memilih bernaung dibawah kerajaan Inggeris.. Apabila Belanda mengembalikan tanah jajahan kepada Indonesia dan Inggeris melepaskan jajahan kepada Malaysia, disinilah bermulanya terpisah wilayah kepada dua negara.

Tinggalan sejarah dan keterujaan untuk mengetahui keadaan sosio budaya tempatan yang menjadi tarikan penulis untuk ke sana.


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK