click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text
Showing posts with label kembara Laos/cambodia. Show all posts
Showing posts with label kembara Laos/cambodia. Show all posts

Saturday, February 11, 2023

Kemboja D3- Kg Cham, Seam Reap...

Selepas pogram madrasah, malam menginap di bandar Kampong Cham. 



Kelebihan bandar ini kerana menghadap Sungai Mekong yang membelah tiga negara Vietnam juga Laos. Daerah kecil tak sesibuk bandar besar lain. 



Adalah sikit tepian sungai diindahkan dengan monumen-monumen.


Makanan halal tak susah nak dapat, kalau kena dengan tekak.

Nasi ayam bersama ikan yang dilumatkan sebelum digoreng menjadi seperti telur dardar.


Masjid pun banyak di Kampong Cham...Azan boleh dikumandangkan dicorong pembesar suara luar masjid, berbanding hanya didalam di Pnom Penh.




Tak banyak tempat boleh dilawati. Jambatan buluh menyebrangi sungai Mekong ke pulau di tengah sungai antara destinasi wajib ke Kg Cham. Caj masuk dlm 10 ribu duit Kemboja atau Rm10 untuk 3 orang.


Jambatan ini setahun sekali akan dibongkar, buluh yang rosak akan diganti antara bulan Julai hingga September untuk mengelakkan dirempuh arus deras kerana Sg Mekong dan persekitaran  ketika itu mengalami banjir besar hampir setiap tahun.




 Tengahari bergerak ke Saem Reap, 3 jam lebih pemanduan.

Naik suv 4700 cc fuh dia punya kuat menghirup minyak. Isi tangki penuh 100USD. Di Kemboja kenderaan berkapasiti besar sangat banyak. Walaupun minyak mahal tapi cukai jalan mereka murah. Suv ini hanya Rm800 setahun berbanding kita yg berbelas ribu setahun.




Tiba di Siem Reap menghampiri maghrib, makan dulu di KFC .


Malam meronda bandar.. Berbanding bandar lain, penampilan kedai-kedai dan gerai lebih internasional, sesuai dengan taraf bandar pelancongan utama Kemboja.



Pergerakan kesana sini pun mudah, naik tut tut, caj murah.



Bab meronda bazar kaum ibu memang handal, memandu beratus KM kita sanggup, tapi berjalan keliling bazar angkat tangan, duduk sambil layan phone sajalah..Tak membeli sangat pun, lebih berbaloi membeli di tanah air jauh lebih murah. Leceh disini transaksi banyak menggunakan USD, bila tukar nilai...ermm... kensel

Hotel di Siem Reap banyak dan pelbagai caj satu malam. Kami menginap dihotel caj satu mlm 20usd. 

Esok akan ke Angkor Wat sebelum kembali semula ke Pnom Penh.



Friday, February 10, 2023

Kemboja D2 Sihanoukville

Hari ke 2 Kemboja, merayap sekitar Sihanoukville. Tiba semalam diwaktu malam, kini ingin melihat keadaan diwaktu siang. Jika malam bermandi cahaya, ibarat wanita bersolek, siang ibarat wanita baru bangun tidur. Sebagaimana bandar- bandar Kemboja yang lain, Sihanoukville tidak banyak berbeza cuma ia sedikit moden. Kelebihan bandar ini dipinggiran laut menjadikannya tarikan pelabur dan pelancong luar terutamanya dari China. Casino, spa dan disko di merata tempat.



Kami melepak di gerai tepian pantai sambil minum dan memakan buahan, sukar mendapatkan makanan halal di sini. Suasana pantai sebagaimana di Phuket Thailand.







Sesudah berserapan di satu  kedai makanan muslim, kami beredar ke Pnom Penh seterusnya ke Kampong Cham. Boleh jumpai jika Google di internet 'Halal Food Sihanoukville.' Cuma bab makan ni kena ikut tekak masing -masing. Penulis perah limau nipis untuk menghilangkan rasa mual.




Dah tak berapa kekok memandu di di sebelah kiri untuk menambah keyakinan memandu di Eropah nanti, cuma tak sehandal pemandu tempatan, kita tersangat berhati hati lebih-lebih lagi memandu kenderaan besar LX470. Minyak pun boleh tahan kuat, isi tangki penuh 100USD. Mujur sebutan murah, kalau ditanahair selalunya melihat lori saja mengisi minyak sehingga hampir RM500.


Makanan eksotik Kemboja...Ha Penjual berkerumun saat kita berhenti di hentian rehat.



Cengkerik, lipas, ulat, belalang dan pelbagai serangga lain menjadi hidangan istimewa barangkali. Peminta sedekah pun ramai.






Sebaik waktu asar tiba di Kampong Cham. Lokasi Madrasah An Nikmah Kampung Kian Ramiat sekitar setengah jam lagi pemanduan.



Inilah madrasah dimaksudkan. Pertama kali datang bersama geng motor dulu. Lokasi ini adalah belukar. 10 tahun berlalu persekitaran juga berubah dengan perkampungan baru. 


Perjalanan aktiviti madrasah bergantung kepada infak orangramai dari Malaysia Brunei dan Singapura. Penjanaan ekonomi sampingan seperti berternak ikan turut dijalankan.





Orang kuat disebalik penubuhan Madrasah An Nikmah, Ustaz Ismail, pernah menjadi imam di Malaysia.


Sebelum beredar dari madrasah dihidangkan dengan sup dan tomyam Kemboja, berbanding tomyam Thailand yang tekak sudah biasa, tomyam Kemboja sedikit berbeza , mujur limau nipis turut dihidang untuk memujuk tekak. Huhu 





 

Malam menginap di Kampung Cham berhadapan Sungai Mekong. Hotel lama caj satu malam 30USD.

Hari ke 3 akan bergerak ke Seam Reap, 3 jam pemanduan dari Kg Cham.







Thursday, February 9, 2023

Kemboja Day 1...

Dua jam setengah penerbangan tiba di Pnom Penh pukul 1.30 tenghari waktu tempatan. Terkebelakang sejam berbanding waktu tanah air.




Ustaz Ismail sudah sedia menunggu bukan saja dengan SUV bahkan siap dengan simcard phone tempatan.

Tiada acara khusus sepanjang lawatan kami 5H4M, semuanya dirancang adhoc. Kelebihan cara ini kita tidak terikat dan perubahan boleh dibuat bila-bila masa. Ketika ini berkeputusan  ke Sihanoukville, bandar pelancongan tepi pantai. Dulu bermotor tidak kesampaian untuk singgah disini.


Singgah dulu di masjid Pnom Penh sumbangan kerajaan Arab Saudi, semasa kami datang bermotor 2013 masjid masih dalam pembinaan. Di Kemboja penduduk muslim dibawah 5 peratus sekitar 700ribu orang.


 

Kesesakan di Pnom Penh bukan kaleng-kaleng. Corak pemanduan siapa berani kedepan yang takut  ketinggalan. Hon itu biasa. Bersopan itu luarbiasa. Tapi sesama pemandu saling mengerti dan tiada gaduh-gaduh.





Dalam perjalanan menuju ke highway Sihanoukville, keluar dari pusat bandar kenderaan mulai berkurangan.


Highway baru dibuka pertengahan 2022, tempoh perjalanan Pnom Penh-Sihanoukville dipendekkan dari seharian kepada hanya 2 jam setengah.

Tol 10usd+ untuk jarak 180km. Kenderaan tak banyak.




KFC Kemboja disahkan halal oleh mufti Kemboja, stiker halal terpampang dipintu masuk dan di dalam premis. Maklumat terdahulu Kfc Kemboja dimiliki Kfc Malaysia. Jadi kita makan tanpa ragu-ragu. Harga sedikit mahal berbanding di Malaysia. 







Sihanoukville bermandi cahaya diwaktu malam. Ramai pelabur dan warga China tanah besar bermastautin di sini, Casino dan Spa ada di merata tempat. 




Malam menginap di Hotel Houri, caj sebilik dalam 30Usd.



 Kenangan 2013, bermotor dari Malaysia..Sekarang tak sanggup dahh...


Hari kedua sesudah meronda Sihanoukville akan ke Kampong Cham pula, tempoh pemanduan dalam 5 jam lebih.



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK